MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 15 Mac 2017

Pusing-pusing sampai ke Jugra

Assalammualaikum semua. 

Ni cerita dah lama dah, tapi lea nak ceritakan juga sebab nilah kali pertama kami ke Jugra kecuali suami yang dah berkali-kali atas tuntutan kerja.

Ke Jugra ini langsung tiada perancangan apabila pusing-pusing kononnya di petang Ahad. Pusing-pusing akhirnya sampai ke Jugra. Itulah kami. Hahaha.

Apabila sampai ke puncaknya memang cantik sangat viewnya. Dengan rumah apinya, dengan pemandangan sungainya. Memang sejuk mata memandang dengan cuaca yang sejuk waktu itu. 

Lain kali ada perancangan lagi nak kesini. Boleh try berlari dari bawah sampai ke atas. Tapi dalam perjalanan tu akan lalu tempat perkuburan cina. Takut juga kalau sorang-sorang kan. Hahaha. Ok..kita layan gambar.

Rombongan kak Mon

Posing jangan tak posing





 Keluarga kecil lea




2 lelaki kesayangan lea

Khamis, 9 Mac 2017

Majlis Perpisahan Buat Pegawai Yang Bertukar

Assalammualaikum semua.

Berjumpa lagi kita disesi petang. Hahaha. Tengah rajin menaip layan jelah ye.

Ok. Ini kisah terakhir bagi kes pindah randah ni. Hahaha.

Telah diadakan majlis perpisahan pada 24.02.2017. Ikutkan malas nak pergi tapi tak sedap hati pulak. Bukan senang tau orang nak majlis untuk kita. Kita kena hargainya. Terasa ini dihargainya. Haa.. gitu.

Seronok bila datang pejabat lama sebab boleh jumpa teman-teman lama. Hampir dua minggu juga tak jumpa.

Terima kasih buat semua. Maafkan saya kalau ada salah dan silap sepanjang berada di sana. Lea ni insan biasa yang tak lari dari sebarang kesilapan.

Kalau  Ada Sumur Di Ladang
Bolehlah Lea Menumpang Lagi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Bolehlah Kita Berjumpa Lagi.


Gayanya macam YB baru tiba ke Majlis Bersama Rakyat

Duduk bersama teman-teman

CC Su yang comel lote

YB tengah bagi ucapan. Hahaha 

Terima kasih semua atas pemberian ini

Hari Terakhir 10.02.2016 Lea di Pejabat Lama


Ok, kita sambung cerita semalam ye
.
Setelah berseronok cuti Thaipusam semalamnya, ini adalah hari terakhir lea di pejabat ini. Nak kerja pun mood ke laut dah. Tapi kena settle kan dulu mana yang tak settle lagi. Waktu nak balik, lea dok salam-salam dengan semua teman di aras -1 tetapi dua orang cc memang lea nak salam last sekali.

Akhirnya tiba waktu dan ketika yang kalau boleh tak nak laluinya. Salam, peluk, cium dua kakak dan dua cc yang lea sangat-sangat senang bekerja dan berurusan. Ada juga hadiah dibaginya. Terima kasih cc berdua. Sayang sangat kat mereka. Bila tengok hadiah yang mereka bagi memang akan sentiasa ingat mereka. Kedua hadiahnya memang lea akan guna dan pegang hari-hari.


Ok, kita layan gambar ye. Moment ini akan dicatat kat dalam blog ini sebab kalau dah tua-tua nanti baca blog ini akan tersenyum sendiri. Macam-macam kenangan yang akan kembali nanti.

CC Su yang lemah lembut orangnya. Marah pun lembut lagi caranya

CC As pun sama. Lembut orangnya.





Rabu, 8 Mac 2017

Hari terakhir bersama bos teman 08.02.2017

Assalammualaikum.

Untuk pengetahuan semua lea dah bertukar ke tempat baru. Bukan sekadar suka-suka tapi untuk mencari pengalaman baru dengan persekitaran yang lain. Lea sayang tempat yang lama. Dengan bos yang lea sangat-sangat selesa bekerja dibawahnya. Dengan teman-teman yang senang untuk bekerjasama. Ada masa buat kerja focus….Ada masa nak bergurau memang riuh rendah jadinya. Tapi cukuplah 4 tahun 9 bulan di situ. Tiba masa untuk berhijrah.

Hari-hari terakhir di pejabat lama, adui…air mata nak tumpah je. Tak boleh tengok muka bos, muka teman-teman. Tapi kena kuatkan hati juga. Kuatkan hati pun mau sebaldi juga air mata. Adui..rapuh sangat hati ini.

Hari terakhir lea 10 Februari 2017. Tapi dengan bos pada 8 Februari 2017. 09hb kan Thaipusam. 10 Februari pulak bos bercuti. Jadi peluk cium dia pada 8 Februari 2017. Hahahaha. Bos cool je tapi anak buahnya ni macam-macam memek muka yang keluar. Nak tahan macam mana pun memang tak boleh.

Ok…

Puan Tiqah. Terima kasih atas semuanya. Tunjuk ajar, nasihat yang diberikan akan disimpan untuk melalui hari-hari akan datang. Harap suatu hari nanti boleh jadi bos saya lagi. Puan masih muda. Lagi tinggi jawatan yang akan boleh disandang nanti. Insyaallah.

Teman-teman cc yang lain? Tak nak salam dulu katanya. Nak salam 10hb juga. Takut lea cuti 10.02.2017 tu. Hahaha. Nakal kamu ye.
Nanti update cerita 10.02.2017 ye.

Jom cc semua. Kita ambik gambar bersama-sama bos kesayangan kita ni. 








Adli di majlis hari jadi teman-teman

Assalammualaikum semua.

Ada masa ni lea updatelah sikit-sikit ye. Nak letak juga gambar ni sebab nilah kenangan Adli menghadiri majlis harijadi teman-temannya.

Majlis Pertama.

Majlis harijadi Ika. Sama-sama duduk di rumah ibu. Ramai juga jemputannya. Korang tengoklah siapa yang beria sangat tu. Adli pantang tengok kek hari jadi. Memang dia ingat birthday dia jelah.





Majlis Kedua.

Majlis harijadinya khaleef. Tapi Adli dok panggil Khalid. Bff Adli di rumah ibu. Ada je benda nak dibuat. Sama-sama nakal.Hahaha. Ni kalau Adli baca bila dia dah besar nanti mau tergelak sendiri bila ingat apa dia buat masa kecik-kecik dulu.







Jumaat, 3 Mac 2017

Posing bersama Adli

Assalammualaikum semua.

Nak update sikitlah hari ni.

Ni cerita minggu lepas. Tengah sibuk berjalan dekat D'pulze Adli sibuk nak beli kek bila lalu dekat Secret Recipe. Oklah Adli. Abah ngan umie belanja Adli ye. Bukan 1 slice sampai 3 slice dipilihnya. Tengah-tengah nak bayar Adli dok panggil. 

" Umie... ambik gambar Adli boleh"

Amboi.. siap posing dah tu.

Oklah..umie ambikkan gambar ye.






Aflin menten je senyum kan.