MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 23 September 2017

Percutian Pada Harga Yang Terendah Dengan Malindo Air


Assalammualaikum Semua. 


Apa khabar hari ni?  Hari cuti ni ke mana? Time nilah nak luangkan masa bersama keluarga kan.Hujung tahun dah nak hampir ni.. korang dah ada plan ke untuk bercuti ke mana hujung tahun ni?? Yela setahu lea hujung tahun la masa yang sesuai untuk kita beriadah dan bercuti bersama keluarga sebab time tu kan cuti sekolah..time ni la yang sesuai pon untuk bercuti. Actually banyak tempat yang boleh korang pergi bercuti its up to u olls la nak dalam Malaysia ke or luar Malaysia.. Tapi masalahnya sekarang kan time cuti sekolah tu la jalan jem, hotel dah penuh, macam-macam lagi la masalah yang akan dihadapi.. betul tak?? So sekarang korang tak perlu la risau sebab lea ade benda nak share dengan korang ni…sure confirm la perjalanan percutian korang kali ni pantas and yang penting berbaloi okay!!

                Apa susahnya u ollss..apa kata korang bercuti naik flight pulak..Apa?? tiket mahal?? hahhaa…korang jangan terkejut pulak apa yang lea nak share dengan korang ni…Untuk pengetahuan korang, Malindo air menawarkan harga yang berpatutan okay for those yang booking online di laman web Traveloka taw…haa so kalau korang nak book tiket untuk percutian korang hujung tahun ni lea suggest kat korang better korang book dengan menggunakan Traveloka..sebab apa?? Sebab dalam traveloka ni ia menawarkan harga yang tersangatlah berbaloii okay…sure korang terkejut punya!! Alaa…senang jela nak book tiket kat situ..sini lea ajar korang.



                Okay langkah yang pertama yang perlu u olls buat adalah masuk ke website rasmi Traveloka dulu taw..So untuk nk book online ticket ni, yang pertama korang perlulah pilih destinasi korang iaitu destinasi korang naik flight tu dan destinasi ke mana korang nak pergi. And then, korang kena pilih date taw..make sure date yang korang pilih tu betul..takot nanti tersalah book ticket pulak..dah satu masalah…korang juga boleh pilih sama ada nak book tiket untuk satu hala atau pon pergi balik..its up to uolls okay..Langkah yang ketiga korang kena la pilih tiket yang korang nak book tu untuk berapa orang..and pilih seat class korang sama ada Economy, Business mahupun Premium economy dan klik cari…mudah jer kan..hahhaa

                Tungguuu…tak selesai lagi okay, lepas korang klik cari tuh nanti in a few second akan terpapar la paparan or senarai flights and time berlepas mengikut apa yang korang masukkan memula tadi.. So time ni la korang boleh pilih flight yang korang nak..ikot atas bajet yang korang dah plan..Tapi lea nak bagi tau u ollss, harga yang ditawarkan sangat berbaloi oaky akalu nak dibandingkan dengan beratus laman web yang lain tuh..So after u olls pilih flight mana yang korang nak tu korang boleh la proceed untuk next step iaitu pembayaran..Untuk pengetahuan korang, korang boleh bayar dengan menggunakan online banking atau kad kredit..so korang boleh pilih yang mana korang lebih prefer la ye…Mudah jerk an nak book tiket online ni..Alaa apa salahnya bercuti naik flight pulak..dah la jimat masa, harga tiket pulak berbaloi and yang penting tak memenatkan badan nak mengahadap jalan jem tuh..hahaha

                Oh ya, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut berkaitan Malindo air ni korang boleh cari jer dalam Traveloka ni sebab dalam website ni juga ada memaparkan senarai destinasi Malindo air ni..Mana la tahu kan next time korang nak pergi mana-mana pulak dengan menaiki Malindo air ni..Yela bak kata orang tua-tua tak cinta maka tak kenal kan…dah kenal pon jatuh cinta la..hehehe..Bukan itu sahaja korang juga boleh tengok cara untuk book online tiket, history of Malindo air, policies-policies Malindo air ni dan banyak lagi la…Korang buka jer Traveloka dan taip Malindo air kat situ korang boleh cari apa yang korang nak tahu.


                So, apa lagi yang korang nak tunggu ni?? Meh tempah Malindo Air online di laman web Traveloka sekarang!! Korang jangan menyesal kalau korang tak gunakan peluang yang ada ni!! Jom la bercuti!!


Selasa, 29 Ogos 2017

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen

Sekarang Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen memang tengah menjadi kegilaan wanita-wanita di luar sana. Buka je instagram mesti ada gambar dia. Oklah lea share sikit gambar-gambar dia dan video dia yang bila melihatnya boleh membuatkan sesiapa sahaja boleh jatuh hati kat anak raja sorang ni.
















A post shared by @mostlymateen on
credit tu @faridsinclair

Isnin, 28 Ogos 2017

Adli ke stadium tengok bola sepak buat pertama kalinya

Assalammualaikum.

Jarang-jarang dah nak buat entry sekarang. Sekarang sibuk sangat-sangat dengan kerja. Tapi sayang pulak kat blog ni. Updatelah jugak walaupun jarang-jarang.

Ok. Kali ni lea mesti nak kena update sebab inilah kali pertama Adli ke stadium tengok perlawanan bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia. Keputusannya semua dah tahu dah kan. Malaysia menang 1-0 dan akan menentang Thailand di peringkat akhir.

Senang ke bawa Adli?

Jawapannya…

Senang..sebab dia boleh layan. Orang buat wave dia sentiasa standby nak buat wave sama. Orang nyanyi dia lagi semangat nyanyi. Orang melompat sebab Malaysia gol dia pun seronok melompat. Tapi….ada tapinya. Kena sediakan makanan dan minuman secukupnya untuk dia.

Sampai-sampai dekat Stadium Shah Alam tengok orang pakai baju Malaysia warna hitam dia nak jugak. Oklah beli jugalah.RM25. Beli besar sikit.Biar leh pakai lama dan bukan untuk dipakai hari-hari. Kalau pergi tengok bola je baru pakai baju tu. Orang bermafla dia nak juga. Belilah yang paling murah.RM5. Tulah yang dia dok pegang time nyanyi.

Bila ditanya kat dia seronok tak pergi stadium? Seronok katanya. Nak pergi lagi… Oklah tu.

Baliknya…sebelum orang lain keluar stadium baik kita keluar dulu. Tu pun berpecah sebab Adli dah abahnya tak tahu dah ke mana sebab Adli nak air pulak. Umie tunggu kat kereta jelah. Tak lama pun tunggu. Dalam dua minit je. Tengok-tengok Adli dah didukung abahnya.Penat katanya. Hahahaha.

Ada juga yang Tanya lea. Kenapa bawa anak kecik tu ke stadium. Dahlah sesak.

Ok..Ini jawapan lea.

Lea nak Adli dari kecik ada rasa sayangkan Negara. Tahun 2015 lea pernah bawa Adli ke sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Masa tu dia baru 2 tahun lebih. Dengan mudahnya dia bangun jam 5.30 pagi. Naik lrt je. Dia seronok sangat bila dapat mengibarkan bendera. Lagi seronok bila dapat melihat anggota keselamatan membuat lintas hormat. Tengok bola ni pulak sebelum gerak dari rumah lagi dia dah Tanya abah. Kita kena sokong Malaysia kan abah? Malaysia…oooo Malaysia. Itulah nyanyian dia kat rumah sebelum pergi dan stadium dan sekarang ni pun itulah lagu dia.
Lain orang lainlah kan caranya. Tapi itu cara lea. Kita ni tak sama kan.












video


video



Selasa, 1 Ogos 2017

Lawatan Pertama Adli bersama rombongan sekolah tadika

Assalammualaikum semua.

Berkurun lama dah lea tak menulis di blog kesayangan lea ni. Nak berhenti terus sayang sebab semua benda ada di dalam blog ni sejak tahun 2009. Banyak kenangan suka dan duka ada dalam ni.

Ok..Lawatan Adli ni dah lama dah. 22 April 2017. Lebih kurang 3 bulan lepas. Lama kan. Tapi lea nak masukkan juga sebab inilah kenangan yang insyaallah suatu hari nanti Adli boleh baca dan gelak sendiri melihat dirinya yang sangat gebu gebas dikala usia baru hendak memasuki 5 tahun. 

Masa hantar Adli tiba2 air mata mengalir keluar. Hahaha. Terasa sangat dia dah besar. Sentimental sangat umie ni kan. Sapa yang tahu apa yang lea dan suami lalui akan paham perasaan sebenar yang dirasa.  

Oklah.kita layan gambar ye.


Dia yang paling besar kat situ

Dia yang paling menonjol kat situ. Besar betul


Beratur nak naik bas


Beg Ironman tak tinggal

Duduk ngan pompuan

Nun di belakang sana

Ada je gaya tangan tu

Nampak tak Adli

Amboi..menjeling

Tengok apa tu Adli

Adli buat apa tu

Amboi..suka kamu ye

Pegang tangan sapa tu

Pandai kamu ambik port bergambar

Tengah tunggu bas

Rabu, 12 April 2017

Hijau mata memandang...

Ke Cameron Highland tak sah kalau tak ke ladang teh kan. Nak singgah minum teh memang tak dapatnya. Orang punyalah ramai. Belum yang tengah menunggu lagi tu. Jadinya kita ambik gambar jelah. Tka turun bawah pun. Ambik gambar kat atas je. Janji ada gambar ladang teh kan. Hahaha. Adli...tukang spoilkan gambar. Ada je gaya tak kenanya di situ dan rupa-rupanya tengah menahan kencing. Hahaha. 

Lea sebenarnya suka Cameron Highland ni. Bila ada rezeki, masa insyaallah akan naik lagi.









Selasa, 11 April 2017

Taman Rekreasi Gunung Lang

Assalammualaikum.
Ok..Ini cerita 1 April lepas. Pada 31 Mac, kebetulan lea cuti. Ada beberapa perkara yang perlu diuruskan. Suami pun sama bercuti hari tu. Dah petang dalam jam tiga, suami tiba-tiba bersuara. Kerja yang nak buat dah settle dah. Jom naik Cameron. Hah!!! Dengan hotel tak booking. Suami cakap cuba tengok apartment yang kosong sekarang. Nasib baik ada Agoda. Dan nasib baik ada yang kosong. Jom kita naik Cameron. Kita ajak akak ipar sekali. Malam tu kami gerak ke Ipoh. Tidur rumah akak ipar semalam kat Sungai Siput. Esoknya kita mendaki Cameron Highland ye anak-anak
.
Paginya selepas sarapan kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. Tempatnya Nampak tak ada apa-apa. Tapi bila menaiki bot ke seberang, memang cantik. Tempat riadah untuk keluarga. Nak berbasikal boleh, hiking boleh dna berkelah pun boleh. Dan paling best adalah tempat yang sangat sesuai untuk ambik gambar.

Adlilah yang sangat-sangat seronok. Naik bot seronok. Bagi rusa makan pun seronok. Mula-mula dia cakap rusa tu unta. Teruja betul bila jumpa unta katanya. Mula-mula takut nak bagi rusa makan. Bila dah dapat sekali jadi tak takut dah. Good boy anak umie. Bila dapat bagi ikan makan lagilah seronok dia. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter pendaftaran. Harga RM1 je. Ok..dah jam 11++. Jom kuar drai sini. Kita naik naik Cameron Highland dah…