MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 31 Disember 2015

KOLEKSI JAMU MAK DAROT



1. Kawanmu Si Superhero


2. Colgate


3. Mak Dan Ayah Jangan Dilupa

Khamis, 24 Disember 2015

Are You Sleeping je bersama Adli....

Jom layan Adli nyanyi..sikit je pun


Rabu, 23 Disember 2015

Perkhidmatan menukar/membaiki tayar pancit/pecah secara percuma

Sapa-sapa yang tayar kereta pecah atau pancit boleh hantar dekat Adli Sham ye. Perkhidmatan untuk tayar lori sampah juga disediakan.


What are your 3 best photos on Facebook?



Most Like

Talked About

Top Profile




Keinginan melampau kat Laksa Sarawak


Assalammualaikum semua. Apa kabar hari ni? Tak cuti lagi ke? Opis lea hari ni ramai dah cuti dah. Rasa macam bos pulak hari ni. Hahaha. Lea hujung tahun dengan awal tahun baru cuti. Orang hantar anak sekolah lea pergi bercuti. Adli nak sangat mandi laut katanya. Hari-hari nak mandi laut. Kali ni pergi laut jauh sikit ye nak.

Ni cerita dua minggu lepas rasanya. Hari Sabtu. Keinginan nak makan laksa Sarawak ni membuak-buak dalam diri. Nak buat untuk makan sendiri memang idaklah.Nak buat semangkuk?Idaklah teman nak.  Kalau hanya semangkuk baik pergi ke kedai Mahmud Ali Bashah – Dapur Sarawak. Lea bukanlah penggemar laksa Sarawak. Suami pun sama. Bukan tak suka tapi lebih suka makan mi kolok.Tapi stok rempah laksa Sarawak memang sentiasa ada. Cney nak muang dah darah orang Sarawak nak.(Mana nak buang kan, memang dah darah Sarawak dalam diri)

Tapi hari tu memang teringin sangat. Jadinya tanya dekat suami nak tak makan laksa Sarawak. Suami cakap boleh juga. Lama tak makan. Boleh buat banyak sikit. Jemput along, adik dan family abang ipar. Jadinya di hari kejadian menjadilah laksa Sarawak yang teringin sangat nak dimakan tu.




Takkan nak buat laksa Sarawak je. Merajinkan dirilah buat sharped pie katanya dan pudding roti. Siap hantar pesanan dekat whatsup group dijemput datang sekeluarga ke rumah untuk hi-tea dekat rumah. Hahaha. Hi-tea tu…..Tapi lea buli juga along. Along..ko buat air. Makcu penat masak. Hahaha. Along buat teh panas dengan air sarsi. Hahaha. 

Korang tengok Adli tu, kat mana kaki tu? Nasib baik along kuat dan gagah. Hehehe

Adli bila orang ramai dekat rumah dia terlebih seronok. Yelah sorang-sorang selalu dekat rumah. Seronok ye li? Umie dana bah nak bagi adik takde rezeki lagi ni…J

Jumaat, 18 Disember 2015

Adli Budak Kuat Makan

Assalammualaikum semua.

Adli dulu cukup susah nak bagi dia makan nasi dekat rumah. Sekarang, pantang ada lauk atas meja mesti nak nasi.  Kalau balik ambil dia dari rumah pengasuh mesti ajak singgah dekat abang jual nasi lemak. Nak nasi lemak katanya. Tapi lea tak layan sangat permintaan dia, yelah takkan nak makan yang lemak-lemak setiap hati nak oi… jadinya sebagai jalan penyelesaian lea cubalah buat sikit sambal tumis yang tak pedas. Rupanya Adli suka sambal tumis. Makan dengan lauk ayam, ikan dan telur pun layan. Macam orang tua seleranya. Hahaha



Kalau lea atau suami singgah dekat mana-mana gerai tepi jalan mesti dia keluar tingkap dok cakap “Jangan lupa nasi ayam Adli” “Abah..nasi ayam Adli” Nasi lagi.. Semalam buat spaggeti waktu pagi untuk bekal kami anak beranak . Tanya pengasuh dia makan tak? Pengasuh cakap licin…
Selalunya beli ayam goreng yang potong-potong tu lea share dengan Adli sebab dia selalu makan main-main. Dua hari lepas beli bagi dia makan dulu, tengok bekas atas meja lea ambiklah, tinggal tulang je. Aduh..anak aku. Takde share2 dah sekarang ye umie.
Bekal kami setiap pagi akan tersusun macam ni. Masing-masing tahu tupperware masing-masing.

Sup memang kesukaan dia. Tapi fesyen dia ni kalau buat sup dia tak suka isinya. Dia suka makan sup dengan nasi. Letak dalam mangkuk. Tu jelah dia makan. Suka sangat kalau dapat hirup sup. Tu yang kena potong kecik-kecik lobak nak bagi dia makan sayur sama.
Saja je buat sup tulang. Saja nak test pressure cooker baru. Hahaha

Satu lagi dia suka sangat, kerepek pisang. Adui..kalau dapat tu dia sorang je. Sama juga dengan keropok ikan. Selalu gorenglah satu bekas Tupperware yang besar. Selamba je dia peluk Tupperware tu bawa depan tv. Sekarang kalau nak goreng, goreng buntut bekas tu je. Takleh penuh-penuh. Kalau tak dia sorang je makan. Kena control gak.
Korang tengok. Satu tuppeware dia angkut

Takut juga tengok selera makan dia sekarang. Lea dan suami tak nak layan sangat selera dia tu. Kami control juga. Takut dengan macam-macam masalah kesihatan budak-budak sekarang. Sapa tak sayang anak oi….

Rabu, 16 Disember 2015

Saja-saja mengada nak potong kek

Tekak umie Adli ni kan kekadang mengada-ngada sikit. Hari Khamis tu teringin benar nak makan kek red velvet. Nak pergi Secret Recipe malas. Jadinya callah Eda dok tanya ada buat kek Red Velvet tak. Akak nak yang macam biasa. RM50 punya size. Mula-mula tak dapat nak buat sebab anaknya tak berapa sihat. Dah tu dia whatsup boleh pulak. Yahooo...boleh makan kek. Jadinya lea order hari Jumaat. Malam sikit baru ambik.

Alkisahnya hari Jumaat tu kes malas nak masak pulak. Apalah penyakit M ni. Banyak bebenar. Jadinya suami ajak makan dekat luar. Dalam perjalanan tu malas pulak nak makan dekat luar. Kita bungkus nasi kukus je. Oklah.....

Tiba-tiba muncul rancangan terbaru diminda suami isteri. Kita bungkus nasi dagang, nasi kerabu dan nasi kukus kita pergi rumah along dan adik kita bawa kek sekali. Kebetulan mak dan adik along ada.

Adli...Bila nampak kek dia yang teruja lebih. Birthday umie..birthday..Adli nak potong kek. Jadilah.Saja-saja nak potong kek ye Adli. Siap nyanyi lagu Birthday. Hehehe. Itulah kisah kami.

Oh yaa. Sebelum terlupa. Sapa-sapa dok area Taman Putra Perdana, Puchong yang teringin nak makan kek ataupun untuk sebarang majlis boleh ke Facebook EDA ANANG ni. (boleh klik nama yang diboldkan itu) Boleh buat untuk budget ada.


Selasa, 15 Disember 2015

Jom menari bersama Adli

Video ni dirakam masa nengok Gegar Veganza ahad lepas. Korang layanlah Adli menari. Tiba-buka buka langkah tu. Kalau korang nak join sekali dipersilakan.


Alhamdulillah rezeki orang belanja makan

Alhamdulillah. Duduk dekat seksyen pentadbiran ni orangnya pemurah-pemurah belaka. Ada je yang belanja makan. Ni anak buah belanja KFC. Bila dah lama tak makan, jadi sedap pulak KFC ni. Ke free yang buat sedap. Hehehe. Terima kasih zal. Semoga murah rezeki lain kali boleh belanja lagi.


Time ni pulak En. Aziz belanja makan. Belanja makan nasi campur di Kajang. Dia belanja seksyen Pentadbiran, Kewangan dan IT. Siap dengan sate lagi tu. Alhamdulillah kenyang. Terima kasih En. Aziz. Semoga dipanjangka umur dan dimurahkan lagi rezeki.

Tidak salah kan, jika ada rezeki lebih tu kita belanja orang. Kadang-kadang bahagian rezeki yang kita dapat tu adalah milik orang lain. Cuma dia datang melalui kita. 





Ni nasi tuan rumah. Sup sayur , daging masak kicap dan sambal belacan sikit. Saya adalah penggemar sup.



Sabtu, 12 Disember 2015

Siapa akan menjadi Shogun?

Ingin mengetahui siapa seterusnya yang akan menjadi Shogun? Jom kita bersama MCDONALD. Jom kita saksikannya bersama...Klik gambar di bawah ini.


Nak kelihatan muda seawal 14 hari? Jom lihat rahsiannya

Mau kelihatan muda dalam masa hanya 14 hari?

Nutox Pre-cleanser, Cleansing Foam & Cleansing Gel - 3 produk yang memang berkesan membersih dan melindungi kulit anda. Cublah hari ini juga!

Nak tahu lebih lanjut. Jom klik gambar wanita yang cantik di bawah ini.


Nippon Paints akan menceriakan anda

Mengecat tidak akan membosankan anda. Mari kita bersama Blobbies yang comel dan bewarna warni  . Mereka akan menerangkan mengenai Total Solutionss Coating. Tak kira logam ataupun konkrit, apa saja ruang yang dikehendaki akan sempuran. 

Untuk mengetahui lebih lanjut jom klik gambar yang comel di bawah.






Jualan Murah di 11street


Assalammualaikum semua. 

Jom kita ke website 11street. Jualan murah telah diadakan. Dari keperluan rumah, pakaian, barang dapur semua ada. Jom...kalau korang berminat korang kliklah gambar dibawah ni. Pelbagai pilihan yang ada.


Jumaat, 11 Disember 2015

Hati yang baik tidak mengira bangsa

Perkongsian Dari Facebook

Tersebar dilaman sosial sebuah cerita yang cukup menarik yang boleh dikatakan menunjukkan lambang perpaduan sebenar yang sememangnya patut dicontohi oleh semua orang tidak kira kaum di negara kita.

Kisah yang dikongsikan di media sosial yang cukup mengharukan melambangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama kita rakyat Malaysia.

Kisah ini telah beribu-ribu kali di kongsi, betul cakap saudara Wayne Phang tersebut di mana katanya, kebanyakkan isu kaum ini bermula dari isu politik yang ditokok tambah oleh pihak tertentu.

Jom baca kisah yang ditulis beliau.

Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.

"Ini mesti kes kehabisan minyak,".

Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.

"Kak, balik mana? Nak tumpang ke?"

"Tak apalah, abang ada di depan tu," jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.

Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya memberikan salam.

"Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?" saya cadang pada dia. 

"Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit," katanya.

Sekali tengok kat tayar, "Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,"

"Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti," katanya menolak pelawaan aku sekali lagi. 

"Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali. Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang," kata saya yang cuba menyakinkan dia. 

"Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja," katanya.

"Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye," balas saya.

Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.

"Abah! Adik nak KFC!"

Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.

"Abang dah makan ke belum?"

"Tak apa encik, kami tak lapar," jawabnya dalam nada segan.

Hati jadi sebak, saya terus buang U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.

"Adik nak makan apa?"

"Abang kita suka ayam," katanya

Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.

Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.

Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.

Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak benci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu. Tetapi kita semua dipolitikkan untuk membenci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka.

Yang paling saya benci, kaki rasis yang suka menghasut orang. Kami Cina bukan benci Islam, Islam itu indah kata Cikgu Nik Aziz, cuma secara kebetulan kerajaan kita itu Melayu dan kami hanyalah menentang korupsi, penyelewengan, penindasan dan penipuan. Kalau kerajaan kita itu Cina, kami tetap lawan menentang! Cina haprak kami bantai, M** G*****n pun kami hentam ye tak? Jadi, mana ada cerita Cina lawan Melayu? Itu semua poyo.

Jika semua rakyat Malaysia tidak kira keturunan atau kaum bersikap seperti Encik Wayne Phang ini rasanya Malaysia ni pupus sentimen perkauman dan sifat cemburu sesama sendiri. 

Geng Makciks makan bersama

Jumaat lepas keluar makan dengan kawan-kawan yang dah bertukar keluar. Lea juga yang tak keluar-keluar. Jangan jadi tukun dahlah lea ye. Lea ni kalau berwhatsup suka dok panggil mereka ni makcik. Tu yang Izzah yang pegang duit tu dok create group dekat whatsup dengan nama The Makcik's. 

Hahaha. Mula-mula terkejut juga. Group apa ni. Tengok Adminnya memang makcik Izzah. Izzah ni ada blog juga tau. Dia ni toke untuk Candy Buffet dan Photo Booth. Tempahan untuk seluruh Malaysia. Korang bolehlah layari blog dia   IZZAH TOKEI BESAR ni ye. Korang klik je Izzah Tokei Besar ni. Hehehe.

Selain izzah keluar gak ngan hanis.Hanis ni pulak tokei sambal hitam pahang.Sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Kalau korang berminat bolehlah ke facebook dia SAMBAL HITAM RAUB ni. Penghantaran sekitar Putrajaya. Perkhidmatan pos diseluruh malaysia juga ada.Hehehehe. Promote bisnes kawan-kawan. Izzah dan Hanis ada komisen tak untuk saya ni.


Rindu mereka berdua ni. Sama-sama kepala. Leh layan...Keluar pun dekat Laman Perdana je sebab masing-masing kereta suami bawa hari tu. Oklah..Kami makan char kueh teow ngan tauhu bakar. Yummm..yummm.

Bagi lealah kan, berkawan ni walaupun dah bertukar keluar tak salah kan jika masih berhubungan. Lea termasuk ni dah empat jabatan dah dan lea masih lagi contact kawan-kawan di tiga pejabat lama. Tak elok memutuskan silaturrahim. 



Khamis, 10 Disember 2015

Budak kecewa tak dapat makan KFC

Assalammualaikum semua.

Salam hari Khamis.

Ni cerita hari selasa lepas. Kan suami cuti jaga Adli sebab pengasuh ada urusan yang perlu diselesaikan. Bila dah berdua dengan Adli ada sajalah benda yang dia buat. Rupanya suami, Adli dan along pergi klang dok survey harga tayar.

Hmmmm…jauh perjalanan bawa anak ye. Dalam perjalanan tu suami ceritalah Adli ternampaklah sign board KFC yang besar. Adli..bukan budak yang berusia 1 tahun. Dah 3 tahun 2 bulan dah bang oi…Dah pandai minta macam-macam. Bila nampak KFC tu terus cakap dekat abah.                   “ Abah…Adli nak KFC” Abah cakap “Abah takde duitlah Adli nak beli KFC” dah tu pergi dekat along “Along..nak duit beli KFC” Along pun jawab… “Along pun takde duitlah Adli” kedekut punya along…Mentang-mentanglah makcu takde ye…..

Adli dengan kecewanya terus ke seat belakang kereta, baring dan tak lama lepas tu tidur..Kecewa betul atau memang dah ngantuk tu…

Bukan tak nak beli sebenarnya. Hari ahad sebelum tu dah pergi dah kami 3 beranak ke KFC. Adli siap makan kek tiramisu lagi tu. Dengan paha ayam seketul.Dah tu dia bukannya nak makan isi ayam. Kulit yang dekat luar yang garing tulah dia nak makan.Tu yang kadang-kadang marah dia tu. Tak elok makan kulit tu. Taknaklah bagi dia makan KFC kerap sangat dan kalau boleh taknaklah ikut sangat permintaan dia.Kang naik lemak dia. Tengok gambar memang kesian. Takpelah li, nanti sebulan lagi ke kita minta abah belanja KFC lagi ye.


Selasa, 8 Disember 2015

Lepak mamak ramai-ramai. Adli nak apa dari abah tu???hmmmm

Lepas makan-makan kat rumah along, rehat-rehat lepas maghrib bertolak ke Putrajaya. Saja nak duduk-duduk kat Taman dekat Pullman tu. Malam tak ramai sangat orang. Syok juga tapi yang tak tahannya nyamuk banyak. Dahlah lea dengan skirt hitamnya lagilah nyamuk suka.
Adalah dekat sejam duduk tu kami bertolak balik ke Putra Perdana. Nak pekena mamak katanya. Seronok dok minum ramai-ramai ngan family.
Suka nescafe dekat sini. kaw....

Suami dengan adik.Adiknya si along 

Dengan akak ipar @ ibu adli. Dialah yang jaga Adli. Adli dah panggil dia ibu dah.  
Amboi. Tersengih je dak Adli ni. Tiba-tiba dia ada dalam gambar ni. Pandai dah dia.


Adli elok pulak duduk dalam babychair. Nasib baik muat nak oii. Dah tu minta diambil gambar dengan abah. Amboi..pandai ye ambil hati abah. Mesti ada benda yang dia nak tu.
Peluk tu siap cakap sayang abah.Tulah modal dia kalau kena marah.Cepat-cepat datang dekat kita cakap sayang abah...sayang umie.Nak marah pun tak jadi nak marah. 


Bila orang bujang jemput ke rumah makan spaggeti

Assalammualaikum semua. Salam Sejahtera juga lea ucapkan. Apa kabar korang hari ni? Harap sihat semuanya. Lea hari alhamdulillah. Sihat..Suami je selsema. Hari ni dia cuti untuk jaga Adli sebab pengasuh cuti nak hantar anak untuk ke Politeknik.

Sabtu lepas dapatlah jemputan dari orang bujang dekat group family  untuk datang kerumah. Nak masak spaghetti katanya. Wow!! Along nak masak ok…Haruslah makcik2 dan pakcik datang. Yang bestnya siap whatsup private kat lea minta bawakan sudu garfu lebih. Sudu dan garfu tak cukup katanya. Hehehe.


Makngah siap bawa goreng pisang tu. Bekas tu jangan lupa bagi makngah balik ye along n adik. Makcu, acu dan adli datang bawa perut yang kosong je dengan sudu dan garfu seperti yang dipesan. Hehehehe.

Ok…dari 5 ***** makcu bagi 3 ½ bintang ye long. Untuk 1ST time masak untuk family. Takpe boleh cuba lagi. Lepas ni rasanya lagi sedap kot. Yang syoknya mula-mula tu memang rebus spaggeti. Yang kali kedua rebus fettucini pulak. Beli main ambik je. Yang tukang beli adik. Si along marahlah adik. Adik jawab..manalah tahu.Ingat sama je spaggeti. Hehehe. Takpe…sama je masuk kat mulut sampai ke perut. Alhamdulillah kenyang kami petang sabtu tu.

Al-Fatihah.

Malam tadi kakak kepada arwah bapa mertua lea meninggal di kampung di Teluk Intan. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Isnin, 7 Disember 2015

Happy Birthday Risya!!

28.11.2015 yang lepas telah diadakan majlis harijadi untuk cucu pertama lea Nur Adlina Batrisya yang kedua. Risya ni anak kepada anak buah suami Ema. Ramailah orang kampung yang datang. Mak dan kakak-kakak ipar semua ada.

Menu hari tu…Macam-macam ada. Ada laksa, pulut kuning, rendang dan macam-macam lagi yang ada. Kenyang betul hari tu. Makan sikit-sikit je tapi tak sedar jadi banyak.

Ok..korang layan gambar yang ada ye.

Jemputan di whatsup group. Awat muncung tu cucu.

Dekorasi Candy Booth


Risya bersama ibu dan ayah
 
Opah-Opah dan atuk Risya
Birthday Day girl berbaju purple

Adli? Jangan ditanya di mana dia hari kejadian. Memang tak boleh ditangkap untuk mengambil gambar. Ini hari saya punya ..kata adlilah. Hehehe. Seronok sangat bermain. Jumpa ramai kawan baru.

Ok Risya. Opah cu dodakan semoga Risya sihat selalu dan comel-comel selalu. Eeeee. Geram dengan awak ni.