MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 29 September 2012

Buat muka orang pun susah

Ni aktiviti semasa dekat kampung dengan anak buah dan suami. Suami yang rancang
 semua ni. Dia suruh buat muka. Macam-macam jugak yang jadi.

Bila dah siap, suami gelak. Dia kata susahkan buat muka je.
Cuba fikirkan Allah telah menjadikan kita lengkap semuanya..........



Jumaat, 28 September 2012

Salam Jumaat dari lea

Alhamdulillah.Hari Jumaat yang indah.......Alhamdulillah. 

Ye...hati ini sungguh gembira. Insyaallah...sesuatu yang terindah akan hadir untuk lea dan suami pada masa terdekat dengan keizinanNya.Insyaallah. Kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan keputusannya. Sebagai insan biasa hanya mampu berdoa agar yang terbaik hadir di dalam hidup ini.

Rasanya sudah lama tidak mencoret sesuatu pada pagi jumaat. Sekarang masa untuk update blog sangat-sangat terhad. Kerja di pejabat tidak pernah ada surutnya.Semakin bertambah dan bertambah. Nak kena layan karenah pegawai atas yang arahannya kadang-kadang diluar bidang tugas lea. Tapi nak buat macammana.Pergi kerja mencari rezeki yang halal untuk keluarga.Tapi kadang-kadang buat tak tahu jelah.Macam angin lalu..............

Kadang-kadang dok fikir karenah macam ni tak boleh nak fikir sangat.Tak pasal-pasal darah naik nanti. Kena positif..positifkan diri. Tapi dalam hati tak siapa tau kan.




Khamis, 27 September 2012

Mastan Ghani

Mastan Ghani sangat terkenal di Teluk Intan. Lea kalau balik Teluk Intan memang tak sah kalau tak pekena Mi Kuah Rojak dekat Mastan Ghani ni. Dan untuk kunjungan yang lepas baru lea tau yang dia punya 5 kedai di Teluk Intan Intan sahaja. Yang selalu lea pergi adalah  kedai di depan The Store Teluk Intan. 

Menu yang sangat pupular disini Mi Rebus, Rojak dan pilihan lea selalunya ialah Mi Kuah Rojak.Memang sedap. Jadinya , bagi sesiapa yang ke Teluk Intan janganlah melepaskan peluang ke MASTAN GHANI ni ye.Boleh merasai kesedapan Mi dan Rojak yang sering diperkatakan. Chehwah.......



Selasa, 25 September 2012

Cencaluk....


Cencaluk....Lea pernah mandi cencaluk. Ni lea sertakan linknya... MANDI CENCALUK  hehehehe. Semalam pun nyaris-nyaris nak mandi cencaluk jugak.Suka makan cencaluk tapi tak boleh selalu sangat.Membuatkan makan nasi bertambah-tambah pinggan.


Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Kelabang , Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.

Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.

Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.

Cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.

Proses membuat cencaluk

Proses pembuatan cencaluk memerlukan beberapa kaedah untuk membuatnya dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap dirasa apabila dimakan.

Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.

Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:
  • cencaluk dicampur dengan cili dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau kasturi ataupun
Untuk makluman tambahan, cencaluk juga amat terkenal di kawasan persisiran pantai sarawak. Jadi ianya juga berasal dari sarawak sejak dulu lagi.

Bila idea datang mencurah-curah...

Tengah-tengah buat kerja......Nak masak nilah...Nak masak tulah...Macam-macam. Lastnya dok fikir sesuatu yang simple dan senang dibuat.Jadinya, menu lea malam semalam kobis masak lemak putih, ikan sepat goreng, cencaluk dimakan bersama timun.Berselera betul lea makan.

Ide nak memasak ni tak boleh nak dijangka.Ada masa banyak betul ideanya.Ada masa takde  langsung.Tu yang kadang-kadang dok tiru menu kawan-kawan di pejabat.Nasib baik rumah jauh-jauh. Memasak pun sama kan?Tak payah nak ikut resepi sangat.Kadang-kadang main campak-campak je masak pun sedap jugak. 

Yang pentingnya sebelum masak niat kena betul, ikhlas dan masak dengan penuh kasih sayang.Insyaallah sedaplah jadinya.






Isnin, 24 September 2012

Cucur Rodei yang pelbagai bentuk...




Kali pertama membuat Masalodeh.Lea dok gelar Masalodeh ni Cucur Rodei.Tapi bendanya sama saja. Cucur Kacang Dhal. Resepi ni kawan sepejabat yang bagi. Hari sabtu malam dah rendam kacang dhal. Pagi ahad dalam jam tujuh dah dok blend kacang dhal. Rupanya tak susah nak buatnya.Senang je.Ingat susah.Tapi yang tak syoknya bentuknya yang ada bulat, ada bujur da nada yang takde bentuk langsung.Membentuknya menjadi bulat yang cantik sangat-sangat mencabar.Bagi diri lealah.Bagi orang lain senang je kot. Memang tak menjadi langsung.Tapi rasanya ada sebab suami cakap sedap, rupa je tak menjadi...Takpelah.Lain kali boleh buat lagi.Nak buat biar jadi cantik je bentuknya...Rupa cantik , rasa pun kena sedap jugak kan.

BAHAN-BAHANNYA
Kacang Dhal
Daun Kari (nak letak sehelai-sehelai boleh.Nak potong pun boleh)
Bawang besar dihirim
Jintan Manis
Cili dihirim halus
Garam secukup rasa

Kacang dhal direndam semalaman. Kacang dhal dikisar halus.Campurkan dengan bawang , cili, daun kari, jintan manis dan garam secukup rasa.Kepalkan menjadi bebola, kemudian leperkan. Panaskan minyak.Gorengkan hingga kekuningan dalam api sederhana panas.

*kena taip dekat sini.Takut lupa nanti....

Ahad, 23 September 2012

Masa berdua duaan

Suami semenjak dua menjak ni sibuk benar,Isnin hingga jumaat kadang kadang sampai ke sabtu berada di Johor.Tinggallah lea shorang-sorang.Nak buat macam mana , dia mencari rezeki kan. Jadinya bila ada masa tulah yang digunakan sebaiknya. Nak jalan-jalan ke, nak makan makan ke.Masa terluang yang dia adalah yang digunakan sebaiknya.

Alkisahnya di petang jumaat lepas suami ajak lea pergi makan. Suami bagi lea buat pilhan.Jauh disudut hati lea nak minum three layer tea dekat Chicken Rice Shop. Tapi tekak ni mula mula teringin nak makan dekat Fish Market. Tambah, bahagi, tolak dan darab, Fish Market jadi pilian. Orderlah set promosi untuk dua orang ni.Dan air pilihan sudah semestinya CALA-CALA.Hahahaha.Air tu pun yang senang lea nak ingat. 

Alhamdulillah kenyang betul rasanya. Three  Layer Tea? hmmmmmm...takpelah bang.Time lea gaji nanti lea belanja kat Cicken Rice Shop ye. Macam tulah lea dan suami.Idaklah nak makan sedap sedap tiap-tiap hari.Insyaallah sebulan dua kali tu adalah.Time lea gaji dan time suami gaji.Tapi time suami gaji tak menentu.Ada kala tengah bulan, takpun awal bulan.Kerja sendiri...mana nak sama dengan kita yang makan gaji.Kerja sendiri nilah kena pandai nak manage duit. Kena ingat  modal lagi.Kalau tak pandai untung ke mana , modal ke mana. Kena pandai beringat.Yang penting kena bersederhana dalam semua hal.Betul tak?


Jumaat, 21 September 2012

Banyak benar pilihan...nak makan yang mana ni?

Dalam entry sebelum ni lea ada bagi tahu nak letak menu-menu yang ada time jamuan hari raya dekat opis lea. Banyak menunya.Nama pun pelik-pelik.Korang pilih sendirilah mana menu yang korang nak. Hihihihi.






Cerita lama............Jamuan raya di pejabat baru

Lea dekat pejabat baru ni dah empat bulan lebih. Pertama kali menyambut hari raya di pejabat baru.  Jamuan dibuat hari Jumaat minggu lepas.Raya pun dah habis.Tapi takpe.Boleh ingat kemeriahan raya.Ni lea nak memperkenalkan kawan-kawan baru di pejabat baru ni.Mungkin lepas ni mereka akan selalu keluar dalam blog ni. Menu pulak adalah secara potluck.Setiap unit ada menunya tersendiri. Unit lea buat rojak buah dan kuih muih.Macam-macam menu yang ada.Nama pelik-pelik.Entry lepas ni baru lea letak menu-menunya k.
Hanis, Lea,Kak Su dan Izzah

Izzah,Ain,Lea dan Kak Awi..


Nilah kuih yang lea bawak.Kuih Koci,Talam Keladi ngan Seri Muka. Tak buat pun.Order je.....

Keranamu jeruk petai

Balik dari Teluk Intan hari tu banyak bawak petai.Ada yang beli ada yang orang bagi.Lea , kalau petai yang dibuat sambal tumis baru lea makan.Kalau nak buat ulam macam tu je memang tak makan.Tak taulah kenapa. Tapi kali ni suami nak buat jeruk petai. Mungkin bagi kalian biasa, tapi bagi lea pertama kali buat jeruk petai ni. Dahlah suami kerja luar jadinya lealah yang kena buat jeruk ni.Suami yang ajar mengikut resepi mak mertua.


  1. Mula-mula rebus petai dengan kulit-kulitnya sekali. Tanya juga kenapa dengan kulit-kulitnya. Suami cakap senang nak asingkan isi dengan kulit nanti dan satu lagi getahnya hilang.
  2. Dah tu rebus sampai warna kulit petai berubah dan nampak macam dah layu dah.
  3. Asingkan isi dna kulit
  4. Sediakan air garam
  5. Masukkan petai dalam air garam.
  6. Tadaaaaaaaaaaaa siap.....
**taip kat sini senang nak rujuk lain kali bila nak buat sebab makcik ni sekarang seorang yang sangat pelupa.






Khamis, 20 September 2012

Anak buah yang jarang dijumpa

Lea dan suami balik ke Teluk Intan sebab nak jumpa abang ipar yang balik kampung. Abang ipar dok kat Taiping.Memang jarang-jarang dapat jumpa dia dan keluarga.Raya lepas pun dia tak balik sebab kerja. Anaknya lima dan hanya ada seorang perempuan.Ainaa nabila namanya.Yang kecik pulak Irfan.Sangat-sangat pandai posing.Suka tengok gambar mereka berdua.Cantik kan?




Rabu, 19 September 2012

Majlis kahwin dekat kampung

Ahad lepas semasa di kampung , mak mertua ajak lea dan suami ke kenduri kahwin. Majlis kahwinnya dekat dengan rumah kakak ipar.Sudah…..baju kurung tak bawa.Mak mertua cakap takpe.Pakai je blouse dan seluar. Adui…tak pernah dibuat lea pergi kenduri kahwin pakai seluar.Tapi takpelah.Mak ajak teman dia. Sian pulak dia takde teman. Cantik tema majlis tu.Warna  pink dan putih.

Malamnya pulak pergi rumah kakak ipar lagi. Kebetulan pengantin yang sama ada bersanding malam pulak.Kakak ipar ajak pergi rumah pengantin.Lea ngan mak mertua pun ikut jugaklah.Pengantin pakai baju putih ngan hijau.Dah tu ada acara potong kek dan baling gula-gula.

Hahahaha.Part paling lea tak tahan nak gelak.Semasa baling gula-gula adalah akak sorang tu.Punyalah dia nak menyambut gula-gula, dia angkat skirt yang dia pakai Duduk pulak tu..Adui…nengok wayang free lea malam tu.Bukan sekali tapi tiga kali. Hahaahaha.Macam budak-budak akak tu.

Buat pengantin, selamat pengantin baru.Semoga bahagia dan kekal ke anak cucu






Mak mertua dan kakak ipar

Selasa, 18 September 2012

Mamak oh mamak

Malam tadi lea makan malam dekat SOHO Bangi dengan makcik dan sepupu.Order teh ais dan Nasi Goreng USA . Yelah dah lapr...sebab last makannya pagi je bila pekena Mi Kuah Rojak Mastan Ghani dekat Teluk Intan. (Ni lain entry lea cerita ye). Dalam tengah makan Zam suaminya si Maya sms suami.Tanya dekat mana.Yelah hari tu dia pergi rumah, ketuk pintu rumah lea boleh tak pintu.Dah pengsan makan pil selsema.Akhirnya jumpa semalam dekat kedai mamak berkembar di Presint 8 ke 9.Tak tahulah pulak area Putrajaya ni. 

Mulanya tak nak makan.Bila cium je bau roti pisang yang Maya makan, sedaplah pulak.Order jugaklah.Memang sedap, tapi kuahnya tak berapa nak sedap. Makan jelah....Sembang punya sembang dekat nak jam 10 jugaklah balik.Sempat-sempat je tengok Adam dan Hawa. Tengah makan jumpa pulak dengan kak Asiah.Kawan lama dekat opis lama.Lagi banyak sembangnya.Rindunya dekat kawan-kawan lama.

Pagi tadi pergi mamak lagi.Depan rumah je pun.Kedai PP One.Ditemani oleh suami tercinta.Pekerja kedai memang dah kenal dengan muka dua orang ni.Order roti kosong dengan teh 'o' suam. Suami sudah semestinya roti banjir dan teh 'o' panas.Rotinya sedap dimakan begitu sahaja.Memang antara roti canai terbaik yang lea pernah makan.

Kesimpulannya, dalam masa seminggu kalau tak singgah kedai mamak memang tak sah.

Malam tadi makan dengan maya, zam dan si kecik syasya.

Pagi tadi dengan suami terhenta...

Selasa, 11 September 2012

Sapa yang nak sakit.......

Sudah lama lea tak menaip di blog ni.Lea tak berapa nak sihat.Sakit yang telah lama lea alami , telah menyerang dengan teruk untuk kali ni.Nak keluar ke mana-mana pun dah malas. Sakit, letih, lemah semuanya ada.

Bila dah sakit macam ni semuanya jadi tertangguh.Semuanya yang dibuat serba tak kena jadinya.Kadang-kadang menangis jugak menahan sakit.Pergi klinik swasta dan doktor dah buat surat untuk refer ke hospital kerajaan.Semalam dah pergi , dah jumpa doktor dan ada temujanji seterusnya dua minggu akan datang.Bila dengar doktor cerita pasal kaedah-kaedah perubatan yang akan lea lalui, takut jugak rasa dihati.Takpe demi kesihatan luar dan dalam tubuh badan lea, lea akan lalui semua tu. 

Semoga semuanya akan pulih seperti biasa selepas ini.

Sabtu, 8 September 2012

KENANGAN AIDILFITRI 2012



Kenangan Aidilfitri yang lea kumpulkan dalam sebuah video untuk dijadikan kenangan.


Khamis, 6 September 2012

Korang berani tak?

Korang berani tak berdiri di dlm The Edge sebuah kotak kaca di Dek Pemerhati di Willis Tower, Chicago ni?. Memang rasanya kalau berdiri di dalam kotak berkenaan pemandangan mesti cantik kan? Tapi bila tengok keadaan macam ni, tak berani rasanya....Dan yang paling penting jangan sesekali pakai skirt ke, kain ke. Tak pasal-pasal orang kat bawah boleh tengok benda free.Hahahaha.Masalahnya, nampak ke?






Dimana-mana


Di kedai makan ada
Tak kira di tepi jalan atau restoren ada nama
Hingga restoren berjenama
Di airport pun ada....
Hingga tak lalu untuk menjamu selera
Di mana-mana pun ada.....




Rabu, 5 September 2012

Bila tak fokus.....

Mi Bandung adalah makanan kegemaranku.Ahad lepas buat sikit sebab ada sebungkus perencah mi bandung yang suami beli kat Muar. Mi  bandung kalau pekat lagi sedap kan. Tengah masak dok sembang dengan suami.Ralit betul berborak sampaikan termasuk lebih air di dalam kuah mi bandung. Adui....macam mana nak buat ni.Nasib baik terlebih sikit je.Tapi tercair jugaklah kuah mi bandung ni. Suami cakap takpe sebab rasa dah ada.Lea tak gunakan udang ke, sotong ke.Lea buat kuah dengan tulang je.Lagi sedap rasanya ada rasa tulang tu.Kalau pekat rasanya lagi sedap kot.... Lain kali kalau masak , kena folkus betul betul betul....Jadinya.......................................Terimalah Mi Bandung Tulang Cair dari lea. Hahahahaha


Selasa, 4 September 2012

Asam payak ...


Kat sini panggil asam kelubi kan? Makan asam ni dekat rumah akak ipar. Dengan kelat-kelat, masam masinnya..Pergh..... Kalau rumah mak lea kadang-kadang campur ngan sambal belacan.Dah tu makan dengan ambuyat.Sedapnya. Ni buat jeruk pun sedap ni....Kecur dah air liur ni.Dahlah susah nak carik.Kalau kat kuching senang sikit nak jumpa kot...

Tau pun malu...

Tunjuk punggung tak malu....

Tau malu pulak.....

Tak paham betullah....................

Isnin, 3 September 2012

Ikan salmon dan En.Sham

Ikan ni adalah fav.En Sham.Kalau pergi Carrefour memang dia akan beli ikan salmon ni. Dia masak mudah je. Dia letak minyak zaitun, garam sikit ngan lada hitam.Dah tu bakar.Tapi jangan masak sangat. Lea ada masanya makan.Ada masanya nak termuntah balik. Tak taulah kenapa. Tapi suami bila makan macam sedap je. Suka benar dia dengan ikan ni.Kalau pergi Manhattan Fish Market  ikan salmon jugak yang dia order. Selera mat salleh betullah suami lea ni.

Ahad, 2 September 2012

Bila teringin nak makan

Dengar mak dekat Kuching buat soto, teringin benar nak makan.Lastnya buat sendiri.Buat sedikit je. Ingat nak jemout kawan-kawan datang sekali tapi badan ni memang tak larat dah nak masak banyak banyak.Lagipun soto yang lea buat ni tak cukup pun bahan-bahannya.Ikut mana sempat je lea nak masak je.  Sempat buat bergedil ngan suhun goreng je.Kacang goreng takde.Tauhu goreng takde.Supnya lea buat sup semata-mata.Kena tambah santan dan kerisik sikit bagi pekat.Kalau letak rempah soto lagi umph.....Nak buat macammana.Badan tak lalu dah nak buat. Untuk makan sendiri je pun. Lain kali nak buat bagi lengkap semuanya.Baru seronok nak ajak kawan-kawan datang.


Bila ambik gambar dengan sidia..

Bila ambik gambar dengan suami, dia selalu buat lea bising tau. Macam-macamlah fesyen dibuatnya.Dah kita bising barulah elok dia nak ambik gambar.Dok jelir lidahlah.Dok buat mata sepetlah..Eeeeeee geram tau.Dah ambik beberapa kali baru elok gambar yang diambil.....


Sabtu, 1 September 2012

Saya bangga saya anak Malaysia

Semalam berpeluang bersama-sama lebih 100000 rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebenarnya nak pergi ke Dataran Merdeka pada sebelah paginya, tapi badan tak berapa nak sihat.Tapi pada sebelah petangnya ajak juga suami ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Perjalanan sangat lancar dan parking pulak alhamdulillah hanya lima minit berjalan ke stadium.

55 tahun Malaysia sudah merdeka.Sama umur dengan umur mak lea. Lea pulak 31 tahun dah umur dan lahir setelah 24 Malaysia Merdeka. Pelbagai kemajuan yang telah lea lihat.Tak jauh pun.Kawasan tempat lea tinggal di Kuching. Dulu semasa kecil hanya jambatan kayu yang menghubungkan antara rumah-rumah di kampung.Sekarang jalan TAR sampai ke rumah. Sistem perparitan sangat sistematik di kawasan kediaman lea. Insyaallah takkan ada banjir lagi.Sekolah rendah tempat lea bersekolah dulu hanyalah sekolah kayu sekarang sebuah sekolah  bertingkat  yang tersergam indah.

Betapa bangganya lea sebagai rakyat Malaysia apabila melihat Jalur Gemilang berkibar dengan megahnya.Masing-masing membawa Jalur Gemilang ke Stadium. Ini pun ada juga pihak yang nak tukar Jalur Gemilang yang sudah tersedia cantik dan ada maknanya tersendiri. Banggalah kita sebagai rakyat Malaysia.Syukur dengan keamanan, kenikmatan, kesenangan yang kita ada sekarang.




cantik ke bendera yang baru ni.?Macam bendera Singapura, China, Indonesia pun ada kan....