Google+ Followers
Friday, 25 September 2009
LUAHAN HATI LELAKI
CORETAN KEHIDUPAN
CERITA AZMEER-TANGKAP LELEH
auto publish
NAMA PELIK PELIK
KEK BUAH
Namanya dibagi mungkin sebab ada banyak manisan dan buah buahan di dalamnya
KEK LAPIS BOOK
Sepatutnya kek nni takde colour.Tapi mak aku dok midified bagi caolour.Mungkin lapisannya nipis nipis(sepatutnya) macam buku tu yang dipanggil Lapis Book
KEK MASAM MANIS.
Dipanggil masam manis sebab ada manisan masam manislah
KEK HARI PARI
Mungkin colournya kot macam hari pari tu pasallah namanya pun hati pari
KEK COKLAT
Sebab banyak coklatlah namanya kek coklat.
Wednesday, 23 September 2009
PEDANG DAN KERIS
HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Tuesday, 22 September 2009
WAJAH WAJAH KEHIDUPAN
dia ni memang suka bergambar. suruh je pose macam mana.mesti jadi punya.
HARI RAYA AKU
Raya pertama balik kampung.Seronok dapat jumpa makcik pakcik dan sepupu sepupu yang 2 tahun sekali aku jumpa. Yelah.Aku ikut turn.Next year aku akan balik ke Teluk Intan. Nengok muka laki aku pagi raya kesian jugak. Sedih je mukanya.Yelah teringat kat keluarga kat kampung. Nasib baik ada 3G leh nengok pak dan mak mertua kat kampung. Meriah je nampaknya.Kak Tun, Nyah , bang Arit balik. Takpe tahun depan kita berkumpul ye.
adik beradik pompuan mak.baru kali ni dapat bergambar bersama
Thursday, 17 September 2009
SELAMAT PAGI ( 1.52 PAGI )
Baru tiba jam 10++ tadi. Entahlah...semasa menaip ni pun hati rasa tak tenang, tak seronok..dan macam2x lagi.
Orang nak raya, dekat ngan family mesti rasa seronok kan.Tapi aku...entahlah.Rasa sedih sangat ni.
Aku harap ada sesuatu yang akan mengembirakan hati aku esok hari. Banyak yang kena buat hari esok. Aku harap aku tak bersedih lagi. Moga dia cepat sembuh.Aku sayang sangat kat dia. Tanpa dia mungkin aku takde kat dunia ni.
Maya ...sori ye.Tinggalkan maya sorang sorang. Takpe nanti akak belikan ole ole utk maya dari sini.
Selamat Hari Raya Maya.Bawak kereta nanti hati hati. Jangan bawak laju laju,Pelan pelan je dah cukup.
Buat akak akak dan adik Pegawai Khidmat Pelanggan....Selamat Hari Raya. Semoga bergembira bersama keluarga di hari lebaran nanti.
Buat Ecah....jangan nakal nakal. Rambut kena rajin ikat. Kalau ikat , Ecah nampak comel sangat.
Buat LILI Salonga balik kampung hati hati.Barang kena jaga.Kang kena samun kang.
Buat Nurul yang cute n comel Selamat berhari raya bersama org baru. Jangan sedih sedih beraya umah mertua. Anggaplah mertua macam ibu bapa kita sendiri.
Buat UMI............SELAMAT HARI RAYA......FIRST TIME BERAYA NGAN ABUL.....Mesti syahdu je cium tangan suami di Hari Raya.
Buat kak Shar, kalau baca blog ni, Selamat Hari Raya kak Shar. Maaf kalau ada tersilap kata sepanjang kenal kak shar.
oklah. nak tido.penat sangat......
Wednesday, 9 September 2009
Pentas Lakonan
Monday, 7 September 2009
HUJUNG MINGGU AKU

Hujung minggu aku minggu lepas macam biasa je.Takde yang menarik.
Hari SABTU sesudah sahur terus buat adunan KEK LAPIS EVEGREEN. Start buat jam 5.30 pagi .Dha tu dok melapis jam 1 petang baru siap. Adui...penatnya aku.Dahlah ngantuk.Lepas tu g GIANT dalam jam 4 nak beli barang dapur.
Terus berbuka dekat KFC. Rasanya dah lama jugak aku tak makan KFC ni. Nasib baik masa laki order tak ramai org.Lepas tu leh bersusun org dok order.Nasib baik.Kalau tak, waktu berbuka belum tentu leh dapat makan..Masa berbuka tu sebelah meja kami geng budak pompuan.Budak budak SABAH. Macam macam mereka cerita.Seronok aku dengar mereka bual. Yelah pasang telinga jap.Drai hal bf, puasa, raya sampai topik selepas raya.Aku ngan laki aku dok senyum senyum je dengar perbualan mereka..
Lepas tu suami aku bawak aku g UPTOWN SHAH ALAM. Jam 8.50 malam dah sampai.Ok sebab org tak ramai lagi.Senang dapat parking.Takde beli apa pun.Cuma laki aku je beli songkok.Nak sangat pakai songkok tinggi. Dapat jugak.Aku ingat songkok ni murah je.Rupanya mahal jugak ye.RM60 satu.Mak aiii... mahal jugak ye.Takpelah bukan selalu pun laki aku beli. Tapi betullah.Barang-barang lelaki ni mahal kan dari barang org pompuan. Macam baju, seluar, kasut. Pompuan punya senang je nak dapat yang murah. Barang2x aku untuk hari raya semua dah ada dah.Malas dah nak beli lagi.Tapi takleh janjilah.Kang ada yang terbeli lagi.,
Semalam aku buat lagi satu kek.Aku buat KEK BATIK KENYALANG. Ni pun dalam jam 2 baru siap.Penat sangat sangatlah. Lepas habis buat kek aku tido.....Yelah tido jam 2.Bangun jam 4. Terus buat kek.Masa tido harus diganti. Jam 6 kami berdua g Pasar Ramadhan beli lauk buat berbuka. Dah dekat PASAR RAMADHAN tak tau nak beli apa.Sama je dah aku tengok.
Dah malamnya lepas terawih aku ngan laki aku g kuar minum.Dekat je tak jauh dari umah.Aku order TEH O AIS LIMAU ngan kerang bakar.Laki aku order LAMP CHOP ngan AIR TEMBIKAI SUAM. Leh sedap pulak teh o ais limau tu.Aku leh order segelas lagi. Kerang pun habis.Sedap lak kerang tu.Hahahaha.Dah kuat makan semuany sedap je di makan.Mana tak semakin sihat.Alhamdulillah.
Panjang pulak aku menaip ni. Tengah rajin.Klaua tak dok copy paste je kan.Ok semua.Selamat Hari Isnin.Bagi yang bercuti hari ni SELAMAT BERCUTI.SELAMAT BERSHOPING.Bagi yang kerja.SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.
Saturday, 5 September 2009
MODAL MASA BERCINTA-TUL KE?
Pakaian....aku tak kisahlah macam mana pun dia.Tapi dia memang simple je orgnya. SImple sgt sgt. Aku terima dia seadanya.Begitu juga dia.
2 tahun berkawan
Kami bertunang 15 minit
Akad nikah
Bersanding
Bertandang
Sekarang dah masuk tahun keempat kami bersama.
Hampir 6 tahun kenal dia.
Alhamdulillah.
Moga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya.
FAHAMI BAHASA CINTA SUAMI

Berikut antaranya:1) Pandangan mataMata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.2) Ingat makanan kegemaran andaMengingati makanan kegemaran anda adalah slah satu tanda cinta yang selama
ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual
kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan
kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.3) Berbicara tentang masa depanSi dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang.
Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini
tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda
selama-lamanya.4) Menghargai hadiah andaDari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan.
Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu
kelihatan begitu ‘uzur’. Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.5) Selalu di sisiKetika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha… kini anda mulai sedar ya!6) Lakukan bersama-samaSi dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar
dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.7) Rahsia Pasangantidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa
sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi
bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah
dikatakan cinta.8 ) Rela menjemput Anda berada
dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami
anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini
sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan
anda.
Tuesday, 1 September 2009
HARI NI HARI SELASA
KEK LAPIS SISIK IKAN
KEK LAPIS EVEGREEN