MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 22 Julai 2016

3 jamuan raya

Assalammualaikum semua.

Salam Hari Jumaat.

Hari ni diadakan majlis sambutan aidilfitri di opis lea. Macam-macam makanan yang ada. Tapi yang lea makan kambing, spaghetti bolognese dan nasi arab sikit. Eh lupa. Lea juga makan pisang 1 dengan manggis 2 biji.

Bila dah Syawal ni kan macam-macam jamuan yang ada.

Seminggu lepas masuk kerja ada dibuat jamuan raya Seksyen Pentadbiran. Seksyen lealah tu. Masak sendiri je dan tuan tanah kedaong masak mihun je. Tu pun sengal-sengal tangan dok gaul mihun dalam kuali. Baru dua peket kalau lima enam paket mau terbelit urat tangan. Hahaha.

Ok. Lea tinggalkan korang dengan gambar-gambar ni ye.

Gambar ni semasa Jamuan Raya Seksyen Pentadbiran







 Jamuan Raya JPM di PICC
Masa ni lea tak sedar pusing hampir dua kali dewan tu. Lastnya cuma dapat laksa dan mi goreng je.

Jamuan Raya Jabatan
Bahagian kami sediakan nasi arab

Ada ketupat palas uu

Dengan geng sama asal dari Sarawak yang tengah tu

Sanggup beratur demimu kambing ku sayang

Gambar kenangan

Gerai tercantik

Oh manggis idamanku

Saya jaga buah sebentar

Hey ladies 1

Hey ladies 2

Hey ladies 3

Tak sah kalau takde gambar sibujang lea ni. Orang lepas mandi kolam. Tu yang tersengeh je tu.



 Minggu depan update jamuan raya bahagian pulak ye

Khamis, 21 Julai 2016

Memori terindah bersama keluarga tersayang di Bumbu Cabe Restaurant

Assalammualaikum.
Hari ni lea nak sambung cerita semasa balik Kuching April lepas boleh tak? Sayang pulak tak masuk blog.

OK..Sehari sebelum balik adik-adik lea belanja kami makan di Bumbu Cabe. Rasanya restoren masakan minang rasanya. Seronok bila boleh makan bersama-sama keluarga. Lea duduk jauh, jadi sesekali berkumpul macam ni rasa seronok sangat. Buat Mas & Yan terima kasih kakak ucapkan sebab belanja kami sekeluarga makan. Ok. Layan gambar ye.



Keluarga kecil kami

Adik bungsu lea Mas dan suaminya

Pelbagai jenis sambal

Mak dan makcik lea

Keluarga adik kedua lea Yan dan suami

Bumbu Cabe Restaurant

Selera tul ayah lea makan

Boleh tahan juga rasa makanan kat sini

Anak mak betul Medina ni

Inilah keluarga kecil lea di Kuching. Rindu moment ni

Rabu, 20 Julai 2016

Kisah Adli bila nak membuang

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap sihat semuanya. Semuanya masih dalam mood raya kan.

Hari ni nak cerita pasal si bujang lea.

Lea bercerita ni kalau boleh nak tahu jugaklah pengalaman teman-teman.

Adli sekarang memang lea dan suami tak pakaikan pampers dah. Untuk kencing memang dia ok. Kalau nak kencing tu memang kelam kabut bukak seluar dan spender. Memang pandai kencing sendiri dan basuh sendiri. Kalau basuh tu memang macam orang mandi dah.

Untuk berak ni masalah. Dia sanggup menahan tu sampai 3-4 hari baru nak berak. Tu pun puasa bergaduh nak bagi dia berak. Sampai kadang-kadang menangis kaki sakit mencangkung. Siap cakap tak larat kaki sakit. Begitulah Adli.

Hari isnin lepas masa ambik dia kat rumah pengasuh cakap ngan dia nak pergi klinik minta ubat nak bagi Adli berak. Dia macam biasa je. Macam seronok pulak nak pergi klinik. Memang betullah doctor bagi ubat cucuk kat punggung. Bila lea tunjuk ubat tu cakap nak cucuk punggung Adli mukanya macam cuak sikit dan akhirnya malam tu berak. Adli cakap ha…kuarkan pun kau. Cakap dekat ta** tu. Adli..adli. Tu lea tak cucukkan lagi ubat doctor bagi tu.

Malam semalam dia nak berak tapi dia tahan. Muka meneran tu memang dah nampak tapi tak mengaku. Siap cakap takde..takde. Suami paksa juga g tandas. Meraong-raong tak nak. Akhirnya suami ambik keputusan cucuk ubat kat punggung tu. Yang lea tak leh tahan nak gelak bila nengok muka Adli selepas di cucuk tu terus gelisah. Tak sampai seminit berlari ke tandas ha……selambak keluar. Siap cakap tu leganya abah…Adui…. Mukanya lucu benar tu……

Dah siap basuh semua jumpa lea kat luar siap cerita.

“Umie… ta** Adli besar batu. Banyak…..” hahahaha.

Besar batu tu.

Tak tahu nak buat macam mana. Dia boleh menahan ta** tu. Nak dikata tak makan, makan pergh….boleh tahan. Pisang pulak buah kegemaran. Kalau pergi supermarket siap pedan suh belikan pisang. Air pulak banyak dia minum. Memang sediakan sebotol air suam untuk dia. Dah habis refill balik.




OOTD Adli waktu pagi




Isnin, 18 Julai 2016

Gembiranya dia bersama sepupu-sepupunya

Assalammualaikum.
Sambung lagi cerita raya ye. Raya kan sebulan. Hihihi.
Adli suka sangat bila berkumpul dengan sepupu-sepupunya. Yelah.Selalu main sorang-sorang bila jumpa sepupu macam dia tu dah besar sangat dah. Dah bermain makan pun boleh lupa ye. Bukannya nak tidur waktu siang. Tapi bila dah tidur malam memang lena selena lenanya.

Oklah.Layan gambar Adli dengan sepupu-sepupunya.





Khamis, 14 Julai 2016

Jom menyanyi bersama Adli


Video yang membuatkan lea tersenyum sendiri.
Besar dah si bujang lea ni.
Insyallah tahun depan umur 5 tahun umie hantar sekolah dah.
Elok pulak lirik dia nyanyi kali ni.
Selalunya
Itil bertelur ayam meletup.
Hahaha


Adli dan speknya tak dapat dipisahkan.

Mana satu pilihan hati.

Anak bujang lea ni kan, pergi bazar ramadhan dia boleh lambat keluar dari kereta sebab nak pakai spek. Memang bercermin matalah sepanjang dekat bazar dekat Teluk Intan hari tu. Sayang..tak ambik gambar.

Ni pulak...boleh pulak dia jumpa cermin mata dia tu. Bergayalah dia dengan cermin mata tu. Adli...adli... Korang suka gambar yang no berapa. Kalau lea, lea suka yang no. 8. 




Rabu, 13 Julai 2016

Selamat Hari Raya dari Adli sekeluarga

Assalammualaikum.

Lama betul lea tak bersiaran. Minta maaf. Kesibukan dengan kek lapis yang orang order sampaikan sendiri takde kek lapis. Biasalah tu kan. Hahaha

Dikesempatan ini lea dan keluarga memohon maaf sekiranya di dalam blog ini lea ada terkasar bahasa dan kata tanpa lea sedar. 

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Dan Batin

Monalea
Sham
Adli Sham

**muka budak tengah stress tak nak bergambar