MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 31 Mei 2016

Adli shopping di Serikin

Asslammualaikum semua.

Banyak hari dah tak update blog ni. Bz sangat-sangatlah. Tempahan kek lapis pulak banyak. Semuanya nak makan-makan sebelum puasa. Alhamdulillah..Rezeki kan.

Korang tengok ni. Masing-masing lena dengan gaya tersendiri. Yang paling besar tu…hehehehe. Dias orang je dah memenuhi ruang.


Ni masa  ke Serikin. Sempadan Malaysia dan Indonesia. Misi mencari kain batik. Tapi orang lain dah dapat dulu misinya. Boleh pulak dia jumpa jengkaut ni. Dari RM90 tawar punya tawar turunlah ke RM75. Dah tu mulalah drama si Adli. Dekat situ juga dia nak main benda tu.Geram je rasa. Nak berdukunglah dia.Kalau kecik takpe..ni boleh patah pinggan dibuatnya.

Cantik betul awan yang menyelaputi gunung tu



Adli buat drama kat abah. Abag dha geram-geram sayang tu.Tu yang ke kereta balik tu

Minta dibelikan helmet

Singgah makan mi kolok. 

Masa balik kan tengah pilihraya. Penuhlah poster-poster di kini kanan jalan 

Nilah yang dia nak sangat tu 



Malamnya makcik jemput kerumah sebab dia masak mi belacan. Auwww…Sedap. Ditambah pulak dengan sotong dan telur padinya. Sendiri buat tak menjadi lagi, makcik juga yang buat sedap.

Ayah dengan pakcik2 lea

Apa dibuat dengan tok udak tu Adli. Adli dia panggil makcik Nek Budahk dengan Tok Budak. 

Rabu, 25 Mei 2016

Keyakinan diri kena ada ye Adli walaupun....

Korang tengoklah gelagat Adli ni.
Keyakinan diri itu penting walaupun cermin matanya terbalik.
Bila tengok video ni mesti gelak sorang dibuatnya.

Catatan percutian Adli balik kampung. Ke DUN kita ye...

Assalammualaikum semua.

Hari ni adli nak sambung cerita jalan-jalan Adli kat Kuching. Selepas Muzium, kita jalan-jalan Waterfront dulu ye. Umie Adli ni hah nak cuci mata katanya. Ha….boleh pulak umie jumpa geng keras masa sekolah menengah. Uncle Khairul dan Uncle Nasir. Siap abah ambikkan gambar. Tengoklah umie Adli ni. Setia dengan uniform dia kat Kuching. Selang dua hari mesti pakai baju ni semula. Hehehe. Yelah tak nak bawa banyak beg sebab  beg dah penuh ngan baju Adli.

 Ok selepas Waterfront kita ke seberang sungai ye. Bukan naik perahu tapi naik kereta. Ehehe. Kita ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Adli suka dengan rekabentuknya, cantik dan unik sangat.





Adli nak masuk dekat dalam tapi abah cakap tak boleh masuk. Yelah Adli tengok ramai pengawal kat depan. Berhampiran dengan DUN ni ada Taman Orkid. Cantik… tapi tulah dah lewat dan tak boleh masuklah. Takpe, lain kali kita masuk sini pulak ye.


Ok. Dah nak maghrib. Kita baliklah. Dipertengan jalan abah belikan Adli ayam bakar. Yum..yum. sedap….

Isnin, 23 Mei 2016

Bisnes kecilku bermula kembali

Setelah lama menyepi akhirnya ambik jugaklah tempahan Kek Lapis Sarawak. Sebenarnya malas nak ambik order tapi ada yang menanya jadinya minggu ni sahaja tak menang tangan dengan tempahan dan yang pastinya Kek Lapis Cadbury Nutella dan Lapis Evergreen memang banyak tempahannya. Alhamdulillah.


Adli ke Muzium Sawak

Assalammualaikum.

Auwchak… Apa kabar? Harap sihat. Oklah kita sambung percutian Adli balik kampung umie ye.

Hari ni pulak abah bawa Adli ke Muzium Sarawak. Pergi waktu petang dah dekat-dekat nak tutup. Tapi sempat jugaklah melawat muzium tu. Macam-macam ada. Yang paling Adli suka replica rumah panjang. Best…. Ada lagi yang best. Replika tulang buaya dan paus. Besarnya…Takut Adli tau.

Dah tu Umie bising suruh balik sebab nak hujan katanya. Memanglah langit dah gelap tapi Adli pasti tak hujan punya. Awan berarak lalu je.

Sebelum balik ambik gambar kat luar muzium. Bila tengok balik gambar cantik pulak. Pandailah Umie Adli ambik gambar.

Nanti sambung lagi ye. Banyak lagi yang Adli tak cerita ni.














Jumaat, 20 Mei 2016

Misi mencari belacan bersama Adli. Hehehe

Assalammualaikum. Jumpa lagi kita ye.

Dua hari selepas ke Sematan kami kembali lagi. Kali ini dengan mak pulak. Misinya ialah mencari belacan. Lea suka belacan sini. Sedap. Mak mertua pun suka. Siap kirim belacan Sarawak.
Ok. Budak debab dengan opah yang nak melayan mata.

Sebelum ke Sematan singgah Lundu sekejap. Pergi Lundu tak sah kalau tak singgah pasarnya. Semua yang dijual segar-segar. Harganya RM2 je semuanya sepinggan/setompok 


Adli beli juga mainannya. Dia beli yang ikan keli. Kalau ditarik mainan tu akan bergerak macam ikan keli.

Terung asam yang sedap kalau direbus dengan ikan

Ok..Kita ke Sematan. Singgah rumah makcik sekejap. Adli...dia buat macam rumah dia. Berlari sana. Berlari sini. 

Ha..Jumpa pun belacan yang dicari. Sekilo RM30.Baru lagi. RM30 memang murah. Ada yang jual sampai RM60 

Jom ke kerumah nenek. Mak dah suruh lea masak. Udang masak sweet sour dengan ikan senangin rebus dengan terung asam. Bawang, sos semua ambik kat kedai pakcik je. 
Kita close up sikit 

Rilek nampak...

Satu yang best pergi rumah nenek ada kedai runcit pakcik 
Ni yang bestnya. Aiskrim

Aiskrim ni yang sedap sangat-sangat. Dua hari kesana dalam 5 kot lea makan aiskrim ni. Yang paling seronok Adlilah. Dua hari kat sana perbelanjaan Adli RM19. Aiskrim jelah yang banyak. Dia ambik dan pilih sendiri 
Sedapnya. Kat sini lea tak jumpa pun aiskrim ni. Ada ke tak ye. Kalau ada bagitahu lea ye. 
Akhir sekali. Ambik gambar ngan onyang Adli. Nenek lea. Namanya Manis tau.