MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 31 Mac 2015

Drypers Punya Cerita


Adli memang dari dia lahir sampailah sekarang 2 tahun 5 bulan memang setia pakai Drypers. Bila ntah nak berhenti pakai pampers ni Adli. Bila tak bagi pakai dah membuang baru dia bagi tahu. Jadinya pakaikan lagilah nampaknya. Ni cerita rabu lepas. Kan Gaji. Jadinya bila gaji mestilah beli semua keperluan rumah dan anak. Ingat nak beli barang dapur sekali dengan keperluan Adli termasuk susu dan pampers. Sekali bila tengok harga pampers jenama Drypers ni  RM 48.50. Mak ai.. dekat nak RM50. Kalau dua dah RM100. Cakap dengan suami. Kita pergi supermarket depan rumah je. Mahal-mahal pun RM33 je. Tapi balik tu tak pergi pun supermarket tu sebab nak keluar lagi petangnya. Jadi petangnya pergi ke satu tempat yang barangnya mungkin mahal. Tapi macam tak percaya RM31 ++ je pampers drypers. Sukalah lea. 2 sekali ambik. Cukuplah stok sebulan Adli dirumah dan rumah pengasuh. Jadinya minggu lepas lea keluar je lea survey harga pampers XL56 ni je. Sampailah ahad tu. Hahaha. Ok kurang nak tau harganya.

Pasaraya Besar 1 RM48.50
Pasaraya Besar 2 RM38.50
Pasaraya Besar 3 RM34.90
Supermarket depan rumah RM33.90
Pasaraya yang sederhana besar RM 31++ je.

Beza benar kan harga-harganya.

Ni belum cerita pasal susu pulak ni.

Isnin, 30 Mac 2015

Kerjasama abah dan anak

Malam semalam semasa lea sibuk dekat dapr rupanya abah dan anak sibuk berjamming kat luar. Tengoklah Adli tu. Sukalah tu. Yang abahnya dok lepas gian lama tak main gitar.
Korang layan jelah video Adli ni.

Trucks and Tractors Pilihan Adli

Assalammualaikum semua.
Hari tu pergi ke kedai buku POPULAR. Ingat nak cari buku ABC yang tahan lasak sikit untuk Adli. Tapi bila sampai kat sana pergi dekat buku kanak-kanak dia boleh nampak buku Trucks and Tractors ni. Terus ambik ok. Tanak nak lepas-lepas dah. Nasib baik bukunya tahan lasak sikit dan harga pun ok. Adli...Adli. Kecohlah dia dari dalam kereta sampai ke rumah dok tunjuk buku dia tu. Sibuk je ngan lori simen ngan lori tanah. 






Ahad, 29 Mac 2015

Cuti hujung minggu

Assalammualaikum semua.
Apa kabar hari ni.Seronokkan tengah bercuti cuti.Esok dah mula kerja balik.Kalau ikutkan 2 hari bercuti tak berasa langsung kan.Sekejap je masa berlalu.Lagilah macam macam aktiviti nak dibuat masa cuti 2 hari kan.Masa 2 hari nilah nak bersama keluarga kan.Nak bawa anak jalan jalan.Masa berkualiti bersama keluarga. Tulah pentingnya menfaatkan cuti yang ada.

Oklah.dok memikir2 menu sarapan hari ini.Ada idea tak?
Dua insan yang bertukar tempat tidur selepas subuh tadi.Lagi nyenyak tu.



Jumaat, 27 Mac 2015

15 Penyekat Berkat


Untuk peringatan bersama

sumber:thehypemedia

Bila Adli Bersuka Ria

Di DPulze Cyberjaya ada satu tempat yang dikhaskan untuk budak-budak. Macam-macam permainan yang ada. Tapi nak masuk dan main kena ada kad Molly Fantasy dekat gambar di bawah. Kad RM2 . Korang boleh topup berapa je korang nak.


Adli seperti biasa suka permainan yang macam ni. Helikopter, kapal, kereta memang pilihan dia. Budak lelaki kot kan.


Ada satu kawasan di dalamnya ada ruang kecik untuk yang dekat bawah ni. Dalamnya adalah permainan yang erkaitan dengan Sushi , Kichen. Ala...senang cerita macam main pondok-pondoklah.


Yang paling syok Adli main bola-bola nilah. Tak nak keluar. 30 minit RM5. Puaslah dia melompat, terjun, ala-ala berenang dalam tu. Sukahatilah Adli janji kamu bahagia dan gembira. Hihihihi. Yang bestnya Adli pakai baju biru seluar pun biru ye Adli.







Khamis, 26 Mac 2015

Berkelah di Taman Ekuestrian Putrajaya

Tadi terbaca dekat Facebook Perbadanan Putrajaya. Taman Ekuestrian Putrajaya akan mengadakan Hari Berkelah pada 28 & 29 Mac (Sabtu & Ahad) ini di Padang Ekuestrian, Taman Ekuestrian Putrajaya.


Sapa-sapa berminat bolehlah datang.Lea rasa macam berminat juga ni. Mereka siap pesan suruh bawa tikar sekali. Jom kita pergi. Masuk percuma ye.

Untuk maklumat lanjut korang bukalah Perbadanan Putrajaya punya FB ye.

DPulze Cyberjaya


Semalam lea bercuti 1 hari. Ada urusan yang perlu dibuat. Kebetulan suami juga cuti sebab pun sama ada benda yang kena buat. Settle semua kerja lebih kurang jam 2 petang. Balik rumah rehat-rehat dulu jam 4.30 petang ambik Adli dekat rumah pengasuh sebab nak bawa dia jalan-jalan.

Tak tau sebenarnya nak jalan mana dan akhirnya kami ke Shopping Mall yang baru buka di Cyberjaya. Nama pun tak tau ok. Dah masuk dalam tu baru baca nama shopping mall ni. DPulze Cyberjaya namanya. Lea suka kat sini. Tak sesak. Suka...suka...Mungkin sebab baru lagi banyak lagi kedai yang tak buka. Apa yang best DAISO dan MPH ada. Lagi lea suka. Ok. Kalau korang nak terjah DPulze ni lea sertakan sekali jalan  nak ke sana ye.


Kerjasama Suami Dan isteri

Hari ni berlainan sekali bekal lea dan suami.
Ada roti gardenia lebih dalam kurang 6 keping. 
Tanya suami macam mana buat roti john. Suami macam biasa akan cakap kacang je.
Jadinya lea cakaplah. Ayang buat intinya sebab ayang nak masukkan ayam, carrot, sayur tauge cina tu dengan tomato. Biar banyak sayur. Tapi abang kena buatlah bagi lekat dekat roti. Ayang tak reti. Ok beres katanya. Jadi pagi ni jam 5 dah masak. Buat nasi goreng Adli sebab dia dah cakap umie nak nasi oreng k. Siap request ok...Lepas tu buat inti roti john. Suami mandi dulu.Lepas lea dah siap masak dan siapkan bekal kami bertiga baru lea mandi dan suami sambung membuat roti john . Bila makan roti john tu sedap juga... Hehehehe


Rabu, 25 Mac 2015

Thumprint dan Kad Perakam Waktu

Sekarang banyak dah jabatan tak guna kad perakam waktu kan. Sekarang dah guna mesin sentuh jari dah. Hehehehe. Ni lea ambil pada 18032015 yang lalu. Masa yang sama tapi waktu yang tercatat dengan keduanya berbeza.Beza 11 minit tu. 

Teknologi sekarang rasanya lebih selamat. Takkan ada penipuan. Takkan nak potong jari bagi kat kawan tolong touch kan. Kalau guna punch card dulu senang je kalau sampai lewat tak punch in cakap lupa punch. Kalau keluar awal tak punch in cakap terlupa punch. Bos pun sign je. Pernah ada pengalaman jaga punch card dulu. Macam-macam cerita yang ada.

Satu satu kes yang kadang-kadang tak terpikir pun dia ni akan buat. Dia ada standby kad. Kad tu dia pergi punch hari-hari kat kedai mamak yang ada mesin perakam waktu. Hari dia tak hadir pun kad di punch penuh. Kad memang dia ambil jabatan punya. Tapi punch kat tempat lain. Hehehehe. Nasib baik boleh dapat tahu sebab kedudukan waktu hadir dan keluar yang tercetak tu lain sangat-sangat dari kad yang lain. Warna ink pun lain. Yang kedai mamak dah sedikit pudar. Jabatan punya masih hitam pekat warnanya. Boleh dia terpikir sampai macam tu. Tapi kantoi juga.

Macam-macam perangai manusia yang bekerja ni kan?



Selasa, 24 Mac 2015

IKLAN SANA SINI

Kalau korang berminat korang kliklah gambar -gambar iklan di bawah ni ye.

FREE seats from AirAsia, promo ends 29 March 2015!


See what Malaysians are doing from 8:30pm to 9:30pm this 28 March 2015. Join them here today!



13 Super Random Things You Probably Didn't Know About Girls' Generation And SHINee




7 Times Clueless Movie-Goers Were Part Of Something Unexpected At A Cinema


Shopping boleh panjangkan jangka hayat kita sebanyak 27%? Cuba kat sini:



Happy Birthday Sayang

Assalammualaikum.





24 Mac 2015. Hari ni genap usia suami 34 tahun. Lea tua 4 hari dari suami. 
Selamat Hari Lahir Abang.
Ayang doakan semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu.
Ayang dan Adli sayang abang.

Isnin, 23 Mac 2015

EPSA memudahkan anda


Alhamdulillah. Dah dapat dah 3 hari berkursus kerana 6 jam bersamaan 1 hari jadinya 20 jam dapatlah 3 hari kan. 

E-Pembelajaran Sektor Awam di bawah INTAN sangat berguna bagi kita yang bekerja di sektor awam untuk berkursus. Hanya kursus di dalam talian. Bagi mereka yang macam lea ni beranak kecik malas rasanya nak pergi kursus dekat luar. Nasib baik ada EPSA ni. Dapat jugaklah berkursus dan memenuhi keperluan 7 hari berkursus setahun.

Oklah.Sapa-sapa yang nak berkursus di EPSA ni ni linknya ye.

http://www.epsa.gov.my/

Bekerja sampai pencen

Tertarik dengan ungkapan di atas. Memang tidak dinafikan sekiranya kita betul-betul menumpukan perhatian kita pada tugas yang diarahkan, kita tak akan ingat akan masalah yang kita sedang hadapi. Masa pun rasa terlalu cepat berlalu. Kalau kita buat main-main  mak aiii...lama betul nak sampai jam 5 ni. Nak balik. Betul kan? Pernah tak korang mengalami apa yang ditaip sebelum ini. Hehehehe. Tak banyak kali mesti ada juga kan. 

Bagi lea hanya 1 je yang lea ingat. Kita cari duit ni untuk keluarga. Untuk makan, pakai dan keperluan keluarga dan diri sendiri. Kena cari rezeki yang berkat. Gunakan sebaiknya 8 jam waktu bekerja tu. Perkhidmatan kita lama lagi. Panjang lagi masanya.

6 Disember depan genap 16 tahun dalam perkhidmatan awam. Lama jugak dah tu. Kalau dah sekolah tingkatan 4. 16 tahun 4 jabatan. Jabatan pertama dulu dari 1999 hingga 2006. 7 tahun tu. Kalau tak berkahwin dengan orang semenanjung  memang masih rasanya dekat jabatan lama di Sarawak. Lapor diri di Putrajaya pada 01.08.2006 selepas 3 bulan kahwin. Alhamdulillah. Dipercepatkan urusan pertukaran. Selepas 4 tahun bertukar lagi di Shah Alam sebab kenaikan pangkat . Tak tinggi pun pangkat. :-). Dekat Shah Alam hampir 2 tahun juga sebelum memohon tukar balik ke Putrajaya kerana tak larat dah nak berulang ke Shah Alam. Hihihi. Dekat jabatan baru ni dah masuk 3 tahun dah. Nak bertukar ke? Dah mohon dah pertukaran. Tunggu masa dan ketika. Hehehehe. 

Harap kesihatan akan mengizinkan untuk terus berkhidmat dengan kerajaan. Ada 21 tahun lagi untuk lea berkhidmat sebelum pencen. Hehehe. Korang pencen umur berapa. Lea pilih 55 tahun.Tu pun dah 37 tahun berkhidmat.Insyaallah. Lea mula bekerja umur 18 tahun lebih. Lepas SPM. Alhamdulillah dengan rezeki dariNya...

Auto publish

Jumaat, 20 Mac 2015

Bila kedai makan salah kira.........

Semalam suami ajak makan-makan je semalam. Suami tanya nak makan apa. Teringin sangat nak makan sate. Adli pun peminat sate.Pergilah makan di kedai yang ada sate kira sedaplah dekat taman lea duduk. Sate tu sekali dengan kedai tom yam. Lea orderlah sekali nasi goreng kampung, sup kosong dan sirap limau. Suami pulak order nasi kosong, ikan kembung sweet sour , sambal sup kosong juga dan milo ais. Bila dikira semuanya RM29. Tak masuk harga satelah. Suami pun bayar. Bila masuk dalam kereta suami cakap mahal betul kedai ni. Yang kita makan RM29. Dah jalan kereta suami tanya lea nak tanya balik tak? Tak puas hati rasanya. Suami pun pergi balik ke kedai tu. Bila disuruh kira balik inilah harganya satu2.
  • Nasi goreng kampung RM4.50
  • Nasi kosong RM1.50
  • Ikan kembung sweet sour RM 9.00
  • Milo ais RM 2.00
  • Sirap Limau RM1.5
  • Jumlah semua RM18.50


RM 10.50 tu kita ambik kalau kita biarkan. Dasyat betul. Pengajaran juga. Lain kali kalau tak puas hati kena tanya balik harga yang kita makan.





Happy Birthday To Me

Alhamdulillah. Dihari jumaat yang indah ini genap usia lea 34 tahun. Alhamdulillah dengan segala yang ada kini. Syukur sangat-sangat dengan pemberianNya selama ini. Insyaallah akan berusaha untuk mendapat yang lebih baik lagi.

Takde apa yang diinginkan melainkan kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan keimanan untuk mendekatkan lagi diri ini kepadaNya. 

Selamat hari jadi lea............




Rabu, 18 Mac 2015

Kubur Lain-Lain

Walaupun dikatakan “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSAAN JUGA LAIN-
LAIN”

TAPI INGATLAH..



Yang memandikan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"



Yang solat jenazah untuk kamu itu "ORANG LAIN"



Yang mengkafankan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"



Yang mengebumikan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"



Yang membaca YaaSiin dipusara kamu itu "ORANG LAIN"



Yang bersedih diatas kematian kamu juga "ORANG LAIN"

Bila En. Sham ke dapur

 Selamat pagi semua.

En. Sham ni pandai masak dan lagi pandai masak dari isterinya ni. Tapi bila dah si isteri agak pandai juga memasak jadi En. Sham dah tak nak ke dapur. Ke dapur pun tukang tolong basuh-basuh apa yang ada dekat sinki. 

Alkisahnya pagi semalam, si isteri macam biasa bangun jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan dan bekal untuk hari tu. Masuk je dapur En. Sham dengan skillnya memasak nasi goreng. Kalau dia dah masuk dapur, faham-faham jelah. Apa yang ada dalam peti ais dimasuknya. Ayam, ikan tenggiri masin, cili, carrot, kobis macam-macamlah. Tengahari whatsup tanya sedap ke nasi goreng. Siap tanya tu. Hahaha. Si isteri ni menjawablah. Ayang tak makan lagi. Pagi tadi ayang makan roti je. Jap lagi time lunch ayang makan . Bila dah makan memang sedaplah. Cukup rasa masinnya. Sesuai dengan tekak lea.


Lea suka beli roti dekat d'Oven di Tesco Bukit Puchong. Dah macam-macam jenis roti yang lea beli tapi lea paling suka yang dekat bawah ni. Rasa cheesenya sangat-sangat lembut. Rotinya pun lembut juga. Adli pun suka makan. Bilalah umienya ni nak belajar buat roti sendiri..... 


Selasa, 17 Mac 2015

Sangat sesuai untuk anak anda


Jika berminat klik gambar di atas

Smartphone RM98 je? Biar betul...


Biar betul. RM98 je. Tak percaya? Korang kliklah gambar  di atas

CRESCENT WHITE dari Estee Lauder


Nak kulit yang cantik dan maklumat lanjut bolehlah klik gambar di atas

Football Fanatics! LIVE BPL match on your phone? Get your 30 days pass!


Untuk maklumat lanjut sila klik gambar di atas



The Magical Town Of Book

Sapa-sapa yang berminat bolehlah hadir ye. 
Diadakan pada 17 hingga 22 Mac di PICC Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut layarilah 



Sejenak Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

Assalammualaikum semua. Apa khabar hari ini. 

Hujung minggu lepas ramai yang ke Putrajaya Internasional Hot Air Ballon Fiesta yang diadakan di Putrajaya. Lea dan family pun pergi juga. Kami pergi pada ahad pagi. Pagi-pagi pun dah ramai orang. Dengan panasnya. Memang tak lalu dah. Yang paling tak lalunya Adli buat perangai minta didukung. Adui... anak... Kalau ringan takpe. Ni dah 17kg. Kesian suami dok dukung dia. Lea memang tak larat dah nak dukung dia. Akhirnya kami duduk dekat kaki lima sebuah kementerian. Tapi lea tak ingat kementerian apa. Beli air sekotak sorang tengok orang naik helikopter. Ramai juga tengok orang berbari nak naik helikopter. Entah berapa entah tiketnya. Sekejap je pun dekat sana. Dapat tengok 3 round orang naik helikopter pun ok dah. 


Budak kecik yang tak nak dok diam. Dha tu minta didukung je. Sian abah kena dukung dia. Tu yang duduk kat sini je. 

Isnin, 16 Mac 2015

Cencaluk Pembuka Seleraku

Kali ni lea nak tayang gambar makanan boleh? Tak boleh lea nak tayang juga. Hihihi. Ni gamba minggu lepas. Hari Ahad. Tak tau nak masak apa. Sampai jam 10 pagi jugaklah dok menung mikir nak masak apa. Buka peti sejuk ada cencaluk setengah botol. Check lagi ada limau kasturi. Cantiklah tu. Cili padi pun ada ni. Jadinya buat ayam kari, sayur bayam tumis air, potong timun buat makan dengan cencaluk. Nikmat betul makan tengah hari ahad tu. Suami pun bertambah nasi. Hahaha. Mana tak naik perut suamiku. Hehehehe.


Cencaluk kali ni masin sikit. Tapi kalau perah limau sedaplah jadinya.Potong cili . Makan ngan timun memang partner dialah. Part yang paling syok tu bila bau cencaluk tak hilang kat tangan. Dah basuh pun masih lekat baunya. Hehehehe. Kalau cium bau tu sedapnya. Susah nak hilang baunya walaupun dah basuh dengan sabun.

Bersantai di tepi lombong

Sebenarnya tak plan pun nak ke sini. Dalam perjalanan balik lepas mengisi minyak ternampaklah ramai orang kat tepi lombong ni. Ajaklah suami singgah. Ramai orang dok bersantai kat tepi lombong ni rupanya. Pemandangan pun sangat-sangat mendamaikan.


 
Anak dengan bapak. Punya seronok dak Adli ni. Kalau boleh dia nak terjun kat lombong tu. Jenuh dok menahan dia . Suami cakap lombong ni sangat-sangat dalam. Dulu-dulu kalau lori dalam lombong ni nampak kecik je. Ntahlah berapa tahun lepas ntah. Sekarang dah macam laut dah nampaknya.



Ada pulak sekawan lembu sedang makan rumput. Ralit Adli tengok. Kalau ikut Adli nak dipicit-picitnya lembu tu,Besar-besar lembunya. Kalau sembelih ni satu taman kot dapat makan. Hehehehe. Orang punya jangan nak pandai-pandai sembelih ye lea.

Sabtu, 14 Mac 2015

Matahari yang menyinari

Matahari

Bila dia menyinari....
Surirumah tersenyum girang.
Baju diampaian kering sepenuhnya.
Bila ianya menyembunyikan diri..
Semuanya risau..
Kain baju berlonggok di bakul sebab tak kering.
Disidai bila tak kering bau pulak kurang menyenangkan

Di kisah yang lain
Bila ianya ada semua bising
Panas katanya
Mulalah mau si hujan turun.
Bila dah turun macam macam pulak yang timbul.

Matahari dan hujan.
Sama sama penting
Keduanya kita perlukan untuk sempurnakan jalan jalan kehidupan.