MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 17 Oktober 2014

Salam Jumaat - Cerita sakit mata dan Adli kesayanganku

Assalammualaikum semua.
Apa kabar hari ni? Harap sihat semuanya. Lea pulak barulah baik dari sakit mata. Tu pun mata kiri masih bengkak lagi. Pakar mata cakap saluran air mata dah tertutup. Tu yang membengkak tu. Insyaallah Selasa depan ada temujanji lagi dengan Pakar Mata Hospital Putrajaya. Tak taulah macam mana nanti. Kita tunggu dan lihat jelah.

Adli.

Sangat-sangat suka bercakap dah sekarang. Nak bercakap je kerjanya. Pandai dah bagi salam dan jawab salam.Tapi bunyi alam jelah.Takpelah nak asal ada bunyi. Pandai dah salam orang yang lebih tua. Tapi bukan salam.Kena cakap amin barulah dia dok salam tangan.Ni lea ada sertakan video Adli dok sembang dengan abahnya sebelum tido. Memang gelap sebab nak tido dah kan.Lampu pun dah tutup.

Loading
abah dan adli sebelum tido


Sekarang bila dengar azan di tv atau surau berdekatan mesti dia letak jari dekat mulut suruh kita diam. Dah tu tak berkeliplah matanya tengok azan dekat tv. Lepas tu dia sembahyanglah. Siap dengan kopiah atau songkok.Tak kisahlah berseluar pendek pun. Dekat balkoni pun boleh solat ye Adli. Takpelah Adli kecik lagi.Pelan-pelanlah ummi ajar cara yang betul untuk solat, pakaian yang betul untuk solat dan tempat yang sebetulnya untuk solat. Bila solat dekat rumah mesti Adli akan ada dekat sebelah. Dia akan tengok je kita lepas tu dia pulak yang solat. Yang paling lea suka bila kita lepas berdoa dia akan dating dekat kita nak salam kita.






Seronok bila tengok proses pembesaran Adli di depan mata. Bila tengok gambar dia masa baby dulu, lea sangat rindu akan masa tu. Kalau boleh diputarkan masa. Saat dia senang nak dipeluk dicium. Sekarang? Bau badan pun dan masam. Hahahaha. Dipegang pun dah nak berlari sana berlari sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.