MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 20 Oktober 2014

Karipap sedap yang Adli suka

Assalammualaikum semua.

Apa khabar hari. Minggu baru dan hari baru. Apa khabar hari ini. Harap semuanya sihat ye.

Ok hari ni nak cerita pasal karipap yang sedap ni. Lea selalu beli yang frozen je dekat akak sebelah rumah abang ipar.Tak jauh pun dari rumah lea. Dalam 5 minit dah sampai. Karipap dia buat ada dua inti.Karipap kentang dan karipap sardin. Dua-dua sedap.Tapi yang selalu lea beli karipap sardin. Kalau ada makan-makan dekat pejabat lea selalu bawa karipap ni.Sampaikan kawan-kawan tau kalau tengok karipap taulah lea yang bawa.Sampaikan ada juga yang minta lea belikan. Memang laku karipap sardin akak ni. Lea pernah cakap dengan dia karipap sardin akak buat sedaplah. Dah tu dia kata karipap sardinlah paling susah nak buat sebab inti nak kena masak lama. Inti dia ada rasa pedas-pedas manis.


Karipap sardin akak ni memang kegemaran Adli.Kadang-kadang dua biji dia boleh sekali makan. Pedas pun tahan tu. Sekejap-sekejap mi...nak. Hehehe. Suka tau bila anak dah pandai cakap. Nak minta tu..minta ni. Korang tengoklah gambar kat bawah ni, berselera betul dia makan karipap. Panas lagi tu. Nak juga makan. Sanggup  tiup bagi karipap sejuk.


Ni gambar jumaat lepas. Jam 7 petang Adli dah terlena.Sampai 9 pagi baru bangun. Malam dalam jam 12 dengan jam 3 ada bangun sekejap minta susu ngan tukar tukar pampers. Sebelum tu tengah sibuk main basikalnya. Macam-macam bunyi yang keluar. Tiba-tiba minta susu, lea buatkan dan dia terus baring. Tengok lagi sekali tengah lena tido. Letih sangatlah tu.Rupanya tak tidur kat rumah pengasuh.Asyik main je.



Ni video Sabtu lepas. Lokasi MAIDIN USJ. Lama dah tak pergi. Tu yang pergi tu. Adli masuk je berlari terus.Rupanya dia nampak kereta bertoken . Aduh.Ummi tak sempat nak cover mata Adli kali ni. Fesyen Adli ni kalau dah main kereta ni susah nak keluar. Kalau boleh dia nak main dalam tu je. Tu yang malas tu nak bagi dia main. Kalau diangkat mau dia mengamuk macam orang kena pukul. Sekarang dekat TESCO Bandar Puter, AEON IOI MALL PUCHONG dia dah tau dah mana lokasi kereta bertoken ni.Masuk je dia terus berlarilah ke tempat mainan ni. Adui Adli, makin besar makin banyak akal ye nak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.