MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 7 Oktober 2014

Adli 2 tahun hari ini



Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ini.Pastinya ramai lagi yang bercuti sebab jalan lengang betul pagi tadi. Cepat je sampai pejabat. Kalau hari hari macam ni kan best. Kisah raya? Nantilah lea ceritakan.

Hari ni 7hb Oktober 2014. Genaplah 2 tahun usia Adli. Cepat betul masa berlalu kan. Dah 2 tahun.Lepas tu 3 tahun, 4 tahun dah tu nak masuk sekolah dah…

Adli….

  • *  Mulut tak reti diam. Nak bercakap je..tapi Bahasa dialah. Ummi jadi mimi, mamam, abah, thusu, nasi, ayam, ikan , TESCI jadi teco.


  • *  Nak berlari je kerjanya. Kalau dapat pergi taman tu suka benar.


  • *  Malam-malam suka mengamuk. Nak susu mengamuk, panas mengamuk, gatal pun nak mengamuk. Mengamuk tu pulak menangisnya macam orang kena pukul. Jiwa kacau jugak dibuatnya.Dah tu malam-malam tidur lewat je dah. Ummi dan abah dah tido dia masih main sorang2.Kadang-kadang tu pura-pura tidut peratilah dia main.


  • *  Sepanjang 2 tahun ni 2 kali masuk hospital.Kali pertama umur 5 bulan sebab demam panas. Kali kedua umur setahun 6 bulan sebab bisul celah punggung. Kena operate sikit. Tulah sekarang kalau demam susah hati dibuatnya. Klinik biasa memang tak jalan dah. Terus ke emergency. Doktor hospital dah pesan dah.



2 tahun dah ye Adli. Ummi harap Adli akan sihat selalu dan yang paling penting dengar cakap ummi dan abah. Jangan degil-degil. Ummi saying Adli sangat-sangat tau.

2 ulasan:

  1. hai adli....happy birthday :-)

    semoga menjadi anak yg soleh.

    BalasPadam
  2. sekejap je masa berlalu.
    mengamuk tu skrg darwisy pun dah pandai.
    nak tdo kena mengamuk dulu menjerit2 bagai.
    stress jugak kdg dibuatnya.anak hai anak

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.