MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 5 Disember 2016

Gotong Royong bersama Adi

Assalammualaikum semua.
Sabtu lepas telah diadakan gotong royong dekat blok lea. Ramai juga penduduk blok yang turun. Salah sorangnya Adli Sham. Hahaha. Jam 7 pagi dah bangun. Basuh muka dah tu turun ke bawah. Tak mandi pun.

Sebelum mula kita sarapan dulu. Masing-masing bawa makanan. Macam-macam ada. Yang best adanya laksa. Tapi lewat sikit baru kita makan laksa k. Selain tu ada karipap, popia, roti, biskut macam-macam lagilah. Tengahhari pulak kita makan nasi ayam ye.


Adli hari tu memang kerja kuat betul. Cangkul memang sentiasa ditangan. Tak larat angkat dia seret je.Dilarang pun degil nak buat kerja juga. Korang layan jelah gambar ngan video ni ye…

A video posted by kak mon... (@m0nal3a_ismail) on

A video posted by kak mon... (@m0nal3a_ismail) on

















Rabu, 23 November 2016

Adli sekarang

Assalammualaikum.

Ni nak cerita pasal si bujang lea ni. Sekarang banyak sangat cakap dan pandai sangat bercakap macam orang tua.

Semalam kawan suami call ajak suami minum kat luar. Dah 9.30 malam. Cakaplah dekat Adli abah nak keluar sekejap. Adli jawab apa?

"Hai...malam-malam pun nak kerja ke abah? Malam untuk orang tido dan berehat" Hahahaha. Abah mula-mula terkedu dah tu gelak. 

Lea suruhlah dia tunjukkan mana A sampai J. Oklah yang dia tunjuk. Betul semua. Nak tahu apa dia cakap?

"Umie ni, Adli dah jawab betul semua. Tak cakap apa pun. Tepuklah tangan" Hahaha. Nak minta dipuji....

Tengah malam minta nak makan nasi. Jam 11 malam. Lea tak naklah bagi dia biasa makan di tengah makan. Tahu apa dia kata?

"Adli laparlah umie. Sian kat Adli. Kalau Adli sakit nanti umie susah. Adli masuk hospital umie pun susah." Bercakap tu macam orang tua.


Ni gambar budak comot makan roti ngan nutella

Datang eloknya dia nak bergambar

A video posted by kak mon... (@m0nal3a_ismail) on


Ni video dalam gelap suruh dia baca doa tidur. Umie dipanggilnya cikgu

Dah bangun boleh tidur duduk amcam ni.

A video posted by kak mon... (@m0nal3a_ismail) on
Ni video nak tidur. Dok baca BC. Ikut suka dia je.